Peralatan-peralatan di rumah Melayu tradisional
Title
Peralatan-peralatan di rumah Melayu tradisional

Personal Author
Samuel Zainuddin

Publication Information
KL : UTM, 1981

General Note
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3950 ra

Abstract
MASALAH DAN MATLAMAT. Masa begitu cepat beredar, dan peredaran itu banyak menenggelamkan hasil-hasil kebudayaan di ketika itu. Ini adalah kerana kesenibungan kebudayaan itu terhad diatas pemilihan generasi seterusnya. Mereka berhak untuk memilih secara sedar untuk menyambung tradisi yang diwarisinya atau meninggalkan apa-apa yang dianggap sebagai batu penghalang atau rantai yang membelenggu. Situasi itu mengakibatkan semakin hari semakin berkuranganlahpusaka warisan dipadankan didalam kehidupan kontemporari. 'Tak kenal, maka tak cinta'. Menyedari hakikat itu dissertasi ini akan cuba memaparkan ke mata masyarakat sekarang di antara karya-karya nenek-moyang mereka. iNtisari objek-objek itu diterlah supaya ianya dapat dihargai dan digunakan secara berleluasa di hari ini. Di samping itu dengan kesedaran dan kefahaman yang timbul dapatlah ianya dipadankan di ketika ini dengan lebih bermakna. Sebagai satu pengkhususan, kajian ini ditumpukan kepada peralatan-peralatan di rumah Melayu tradisional. Ini adalah sejajar dengan situasi sekarang dimana peralatan-peralatan tersebut sedang mengalami suatu cabaran dan perubahan yang amat ketara. Cabaran yang dimaksudkan ialah persaingan dari kedatangan peralatan-peralatan moden yang telah menyempitkan ruang untuk peralatan-peralatan tradisional untuk digunakan terutamanya di rumah-rumah. Perubahan yang dialami adalah penggunaannya di restoran, di hotel, di pejabat dan di berbagai-bagai jenis ruang yang tidak di pernah ujud di dalam kamus kebudayaan Melayu tradisional. Selari dengan itu rekabentuk dan gubahannya telah diselaraskan pula dengan teknologi dan kehendak masa kini. SEKOP KAJIAN. Sesuatu ciptaan rekabentuk adalah satu perkara yang universal di dalam usaha manusia untu meneruskan kehidupan mereka. Mengikut peredaran masa kita dapat mempertingkatkan beberapa tahap atau hieraki rekabentuk selari dengan perkembangan kebudayaan sesuatu masyarakat itu. Faktor-faktor am ini dikaji di bab pertama sebelum meneroka secara khusus terhadap perkembangan rekabentuk orang-orang Melayu tradisional di dalam konteks kebudayaan sendiri. Kajian seterusnya ditumpukan kepada rekabentuk rumah orang-orang Melayu tradisional. Pengetahuan terhadap latar belakang peralatan ini amatlah wajar kerana dapat menawarkan pemahaman bagaimana wujudnya peralatan tersebut. Bahan bangunan, teknik dan proses pembinaan adalah berkait rapat dengan proses pembuatan peralatan-peralatan yang ada. Di bab yang ketiga pendekatan yang khusus dibuat terhadap peralatan-peralatan di rumah. Jenis-jenis peralatan, kedudukan dan penggunaannya dirakamkan. Untuk mendalami pemahaman terhadap peralatan-peralatan itu dikaji juga proses pembuatan dan gubahan peralatan-peralatan tersebut. Akhirnya suatu penilaian kesenian diajukan terhadap karya-karya kraftangan tadi. Kajian seterusnya dilanjutkan kepada beberapa percubaan didalam menyulamkan peralatan-peralatan di rumah Melayu tradisional di masa ini. Usaha-usaha dan masalah-masalah yang dihadapi oleh beberapa pihak yang besangkutan juga dipaparkan. Sebelum menutup tirai kajian ini, beberapa cadangan dan saranan dianjurkan demi untuk meneruskan penggunaan warisan kita. Semoga penulisan ini dapat memberi faedah kepada apencinta pusaka bangsa yang ingin mengekalkannya dengan lebih realistik; tidak secara pasif, membiarkannya luntur ataupun tertanam terus ditelan zaman. Walau bagaimanapun masih banyak lagi penyelidikan yang harus di buat untuk mendalami intisari rekabentuk tradisional. Dissertasi ini dapat dijadikan asas untuk usaha-usaha seterusnya, yang mana amatlah dialu-alukan perlaksanaannya.

Subject Term
Houses -- Malaysia
 
Architecture, Domestic -- Malaysia
 
Household appliances, Electric -- Safety measures -- Standards

Tesis (Sarjana Muda Senibina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1981


LibraryItem BarcodeCall NumberMaterial TypeItem Category 1
Perpustakaan Raja Zarith SofiahPRZS3000003571NA7437.M34 S35 1981 raClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)
PSZ JB30000001601990NA7437.M34 S35 1981 raReference BookUTM Project Paper (Open Shelves)