Penilaian awal kesan projek lebuhraya utara-selatan Pagoh-Johor Bahru ke atas regim hidrologi
Title
Penilaian awal kesan projek lebuhraya utara-selatan Pagoh-Johor Bahru ke atas regim hidrologi

Personal Author
Safnawati Sharbini

Publication Information
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1993

General Note
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7848 ra

Abstract
Pembinaan Lebuhraya Pagoh-Johor Bahru yang sedang dijalankan adalah sebahagian daripada Projek lebuhraya Utara-Selatan. Ia merupakan salah satu daripada usaha kerajaan untuk mempertingkatkan sistem infrastruktur negara tetapi selain daripada memberi faedah kepada penggunanya, ia juga memberi kesan sebaliknya. Satu penilaian kesan projek tersebut keatas regim hidrologi dijalankan dan yang diberi perhatian untuk kajian ini ialah kesan banjir di beberapa kawasan di sepanjang jajaran Lebuhraya Utara-Selatan Pagoh-Johor Bahru. Diantara kawasan-kawasan yang dikenalpasti mengalami masalah banjir ialah Kg. Haji Arif, Kg. Haji Abdul Ghaffar dimana kawasan-kawasan tersebut sebenarnya terletak di dalam kawasan dataran banjir Sg. Bekok. Daripada kajian yang dijalankan terdapat dua punca utama banjir iaitu limpahan tebing Sg. Bekok dan pembinaan lebuhraya tersebut. Pengendapan dasar yang berlaku ke atas sistem saliran yang disediakan seperti pembentung menyebabkan aliran tidak dapat dikawal yang seterusnya menyebabkan banjir.

Subject Term
Hydrology -- Malaysia -- Johor
 
Flood control -- Malaysia -- Johor -- Social aspects
 
Express highways -- Malaysia -- Johor

Kertas projek (Ijazah Sarjana Kejuruteraan (Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993


LibraryItem BarcodeCall NumberMaterial TypeItem Category 1
Perpustakaan Raja Zarith Sofiah30000001853393GB992.M3 S23 1993 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)