Sistem pakar dan sistem bantuan keputusan dalam bidang analisa kewangan
Title
Sistem pakar dan sistem bantuan keputusan dalam bidang analisa kewangan

Personal Author
Ong, Victor Hock Seng

General Note
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7795 ra

Abstract
Sistem Pakar merupakan satu cabang dalam kepintaran buatan yang menggunakan pengetahuan kepakaran secara insentif untuk menyelesaikan masalah yang hanya mampu diselesaikan oleh pakar manusia. Seorang pakar merupakan seorang profesional yang mempunyai pengetahuan atau kemahiran istimewa yang jarang diperolehi oleh orang biasa. Sistem Bantuan Keputusan pula adalah satu sistem yang bertindak sebagai satu alat yang membantu pengurus dalam membuat keputusan. Ia menawarkan beberapa mod dalam persembahan maklumat secara lebih bermakna seperti carta dan jadual. Sememangnya para pengurus lebih mudah memahami perkembangan syarikat secara melihat secara carta daripada mengkaji nombor-nombor yang banyak. Kecenderungan pengguna komputer telah berubah. Pengguna tidak lagi mementingkan kelajuan pemprosesan sahaja. Apa yang diutamakan adalah sesuatu yang berkebolehan membantu dan menyenangkan kerja harian mereka. Mereka inginkan pakej yang ramah pengguna dan menawarkan antaramuka yang menarik dan menawan. Disamping itu, mereka mengidamkan perisian yang boleh membantu mereka dalam membuat keputusan, malahan berupaya menjawab secara pintar terhadap soalan-soalan yang diberikan kepada sistem tersebut. Berdasarkan permintaan semasa pengguna, maka muncullah Sistem Bantuan Pengurusan (Management Support System), iaitu satu integrasi antara Sistem Pakar dan Sistem Bantuan Keputusan. Terdapat banyak pengguna yang boleh digunakan dalam Sistem Bantuan Pengurusan. Di bawah skop projek ini, analisa kewangan telah dipilih sebagai domain penggunaan. Namun demikian, rekabentuk sistem ini mampu bertindak sebagai pelantar untuk penggunaan lain juga. Rekabentuk tersebut dijayakan dengan menggunakan pengaturcaraan berorientasikan objek.

Subject Term
Expert systems (Computer science)
 
Decision support systems
 
Accounting -- Data processing

Added Author
Yu, Chee Kim

Kertas Projek (Sarjana Muda Sains Komputer) - Universiti TTeknologi Malaysia, 1992


LibraryItem BarcodeCall NumberMaterial TypeItem Category 1
Perpustakaan Raja Zarith Sofiah30000000757330QA76.76.E95 O633 1992 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)