Satu kajian kes untuk meninjau persepsi murid terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi mutu pencapaian mata pelajaran matematik moden pilihan C di sekolah menengah vokasional Alor Setar
Title
Satu kajian kes untuk meninjau persepsi murid terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi mutu pencapaian mata pelajaran matematik moden pilihan C di sekolah menengah vokasional Alor Setar

Personal Author
Tay, Lay Eng

Publication Information
Sekudai : UTM, 1993

General Note
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL7998 ra

Abstract
Kajian ini bertujuan meninjau persepsi pelajar Sekolah Menengah Vokasional Alor Setar terhadap peranan yang telah dimainkan oleh pendekatan pengajaran guru, sekolah, latar belakang keluarga, minat dan sikap pelajar sendiri dalam mempengaruhi mutu pencapaian Matematik Moden. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan melihat sejauhmana hubungan antara sikap dengan pencapaian Matematik Moden dan hubungan antara gred matematik peringkat SRP dengan pencapaian Matematik Moden akhir tahun. Sampel kajian adalah terdiri daripada 98 orang pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Vokasional Alor Setar. Instrument kajian yang digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang menggunakan skala empat mata. Data daripada soal selidik telah dianalisis secara statistik deskriptif dan korelasi Pearson. Hasil kajian ini mendapati bahawa kesemua pembolehubah yang telah diuji iaitu pendekatan pengajaran guru, sekolah, latar belakang keluarga, minat dan sikap, sangat mempengaruhi mutu pencapaian Matematik Moden. Keputusan juga menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan dan positif antara sikap pelajar Sekolah Menengah Vokasional Alor Setar terhadap Matematik Moden dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran tersebut. Hubungan di antara gred matematik peringkat SRP dengan pencapaian matematik dalam peperiksaan akhir tahun juga didapati signifikan dan positif.

Subject Term
Academic achievement -- Malaysia -- Mathematics
 
Mathematics -- Study and teaching (Secondary)
 
Vocational education

Kertas projek (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera))- Universiti Teknologi Malaysia, 1993

TERHAD


LibraryItem BarcodeCall NumberMaterial TypeItem Category 1
Perpustakaan Raja Zarith Sofiah30000002224941LC1048.T39 1993 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)