Konsep musyarakah dalam pelaburan harta tanah menurut Islam
Title
Konsep musyarakah dalam pelaburan harta tanah menurut Islam

Personal Author
Dzulkefli Ahmad

Publication Information
Sekudai : UTM, 1988

General Note
Projek khas (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1988

Abstract
Projek khas ini adalah merupakan satu kajian terhadap konsep musyarakah dalam pelaburan harta tanah menurut Islam. Kajian ini akan melihat secara kasar apakah yang dikatakan Sistem Ekonomi Islam serta konsep-konsep dan falsafah-falsafah yang terkandung didalamnya. Kajian seterusnya akan menyentuh kaedah-kaedah pelaburan dan pendanaan bagi harta tanah yang terdapat di dalam Islam. Kajian terperinci akan diberikan kepada konsep musyarakah yang meliputi definisi, sejarah, dalil-dalil pensyariatan, rukun dan jenis musyarakah, bentuk musyarakah dalam kontek harta tanah dan konsep-konsep yamg utama di dalam musyarakah. Seterusnya penulis akan mengkaji sejauh manakah perlaksanaan konsep musyarakah diamalkan di dalam pelaburan dan pendanaan harta tanah. Kajian akan difokuskan kepada perlaksanaan konsep musyarakah yang dijalankan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB). Akhirnya penulis akan menganalisa data-data yang diperolehi daripada BPMB dan mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi di dalam perlaksanaan konsep tersebut. Sebagai kesimpulannya akan ditentukan sama ada konsep musyarakah yang terdapat di dalam Sistem Pelaburan Islam dapat ataupun tidak menjadi alternatif kepada sistem pelaburan yang ada (secara riba).

Subject Term
Property (Islamic law)
 
Real estate investment


LibraryItem BarcodeCall NumberMaterial TypeItem Category 1
Perpustakaan Raja Zarith SofiahPRZS3000004260HD1382.5 D98 1988 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)