Ekonomi pemasangan bekalan elektrik dalam bangunan tinggi
Title
Ekonomi pemasangan bekalan elektrik dalam bangunan tinggi

Personal Author
Abdul Halim Embong

Publication Information
Sekudai : UTM, 1992

General Note
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 7894 ra

Abstract
Pada satu hari ini keperluan terhadap tenaga elektrik menjadi begitu ketara sekali. Pemasangan bekalan elektrik dalam bangunan adalah satu kemudahan asas yang amat penting untuk menggerakkan berbagai-bagai peralatan elektrik dan mekanikal dalam sesebuah bangunan. Tanpa peralatan-peralatan ini bangunan tersebut sudah pasti tidak dapat berfungsi denan cekap dan sempurna. Objektif asas dalam merekabentuk bangunan tinggiialah untuk menyediakan keselamatan, keselesaan, tenaga, kecekapan dan persekitaran yang menarik untuk tinggal, bekerja dan berehat. Jadi untuk itu rekabentuk sistem pemasangan elektrik mestilah memenuhi kreteria tersebut untuk berjaya. Sehubungan dengan itu, aspek kos sudah pasti tidak dapat diabaikan apabila membincangkan berkenaan dengan pemasangan bekalan elektrik dalam bangunan tinggi. Pemasangan bekalan elektrik adalah satu unsur kos yang penting dan mempengaruhi kos keseluruhan bangunan. Dengan ini perhatian yang sewajarnya sepatutnya diberikan untuk kerja tersebut. Jurukur sewajarnya sepatutnya diberikan untuk kerja tersebut. Jurukur bahan sebagai seorang pakar ekonomi binaan dan penasihat kos seharusnya perihatin terhadap kerja yang melibatkan kos ini. Sejak akhir-akhir ini banyak kedengaran kepada kita cadangan supaya jurukur bahan meluaskan perkhidmatan mereka dalam kerja-kerja lain seperti kejuruteraan berat dan pengurusan harta. Ini merupakan cadangan yang boleh diusahakan oleh jurukur bahan tetapi adalah tidak keterlaluan jika jurukur bahan terlibat dalam kerja-kerja kejuruteraan elektrik dan jentera dalam bangunan seperti menyediakan bayaran kemajuan dan sebagainya. Diharapakan penulisan ini dpat menyumbangkan sesuatu ke arah pemahaman berkenaan dengan kerja-kerja pemasangan bekalan elektrik dalam bangunan tinggi.

Subject Term
Tall buildings -- Malaysia -- Power supply

Kertas Projek (Sarjana Muda Ukur Bahan) - Universiti Teknologi Malaysia, 1992


LibraryItem BarcodeCall NumberMaterial TypeItem Category 1
FAB LibraryFAB30000001538NA6234.M3 A22 1992 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)
Perpustakaan Raja Zarith Sofiah30000002143695NA6234.M3 A22 1992 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)