Kaitan di antara pertumbuhan ekonomi negara dengan sektor pembinaan
Title
Kaitan di antara pertumbuhan ekonomi negara dengan sektor pembinaan

Personal Author
Ng, Sze Sengh

Publication Information
Sekudai : UTM, 1992

General Note
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7940 ra

Abstract
Sektor Pembinaan adalah penting dalam pembentukan modal tetap dalam ekonomi. Pembentukan modal tetap adalah penting untuk mempertingkatkan lagi daya pengeluaran. Sektor ini juga dikenali sebagai satu sektor yang sering mengalamiperubahan kadar pertumbuhan yang drastik. Fenomena ini sememangnya tidakberlaku secara spontan, malahan ia mengikut pola-pola pergerakan yang tertentu.Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menguji perkaitan di antara pertumbuhanindustri Pembinaan dengan pembolehubah-pembolehubah ekonomi yang lainseperti pertumbuhan keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Deficit Sektor Awam, inflasi, pelaburan Sektor Awam dan Swasta, tabungan, bekalan matawang, imbangan kira-kira semasa dan modal, kadar faedah dan sebagainya. Untuk tujuan kajian ini, data-data ekonomi berkenaan di antara tempoh tahun 1971 hingga tahun 1990 telah dikumpul dan dianalisa. Analisa ini dijalankan secara inferensi diskrit dan juga dengan cara statistik. Ia telah dibuktikan bahawakebanyakan pembolehubah-pembolehubah ekonomi yang tersebut di atas mempamerkan perkaitan yang rapat sekali dengan pertumbuhan Sektor Pembinaan. Maka dari analisa statistik secara regressi berganda (multiple regression) penyelidik dapat mengemukakan satu formula untuk meramalkan prestasi Sektor Pembinaan pada masa lima tahun yang akan datang berdasarkan prinsip bahawa Sektor Pembinaan adalah satu fungsi dari pembolehubah-pembolehubah ekonomi yanglain. Walau bagaimanapun, angkali-angkali dalam formula ini perlu dikemaskinikan dari masa ke masa untuk mengambil kira perkembangan baru. Penulisan ini juga menyentuh sifat-sifat Sektor Pembinaan sebagai salah satu daripada sektor ekonomi dan juga kecenderungan pihak Kerajaan untuk menggunakan sektorini sebagai satu alat pengawal pertumbuhan ekonomi. Kerajaan seharusnya tidak terlalu bergantung kepada Sektor Pembinaan untuk tujuan tersebut. Kertas ini telah memberi beberapa cadangan untuk memperbaiki kestabilan Sektor Pembinaan. Pada keseluruhannya, Sektor Pembinaan Malaysia mempunyai masa depan yang cerah. Pertumbuhan Sektor Pembinaan dalam tempoh tahun 1985 hingga 1988 telah jauh tertinggal dari jangkaan awal. Akibatnya pembangunan negara telahterjejas. terdapat tanda-tanda positif bahawa Sektor Pembinaan akan lebih bergiat dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam (RM 6) untuk menyumbang kepadaproses pembangunan ekonomi.

Subject Term
Construction industry -- Malaysia -- Costs
 
Economic development -- Social aspects

Kertas Projek (Sarjana Muda Ukur Bahan)--Universiti Teknologi Malaysia, 1992.


LibraryItem BarcodeCall NumberMaterial TypeItem Category 1
Perpustakaan Raja Zarith Sofiah30000002190449HD9715.M3 .N37 1992 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)