Rancangan up-grading kawasan simpanan Kampung Tengku Hussein, Ipoh - Perak
Title
Rancangan up-grading kawasan simpanan Kampung Tengku Hussein, Ipoh - Perak

Personal Author
Samsiah Montak

General Note
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja :MFL 3575 ra

Abstract
Perkembyyangan kawasan Simpanan Melayu di pinggir-pinggir bandar besar semestinya sejajar dengan proses urbanisasi bandar untuk mengujudkan satu perkembangan bandar yang menyeluruh. Kampung Tengku Hussein yang merupakan kawasan Simpanan Melayu di pinggir bandar Ipoh menghadapi masalah akibat perkembangan bandar yang pesat di mana kurangnya perhatian dari pihak-pihak yang tertentu. Lokasi Kampung Tengku Hussein yang hanya 2 batu dari pusat bandar Ipoh menjadi tumpuan bagi penduduk dari luarbandar untuk mendapatkan kemudahan serta peluang pekerjaan di bandar ini. Implikasi dari keadaan ini mengujudkan permintaan kepada perumahan yang tinggi di mana mengakibatkan kesesakan rumah di setengah-setengah kawasan di Kampung Tengku Hussein. Seterusnya kesesakan rumah yang ujud mengakibatkan kecemaran di kawasan perumahan seperti terjadinya sistem saliran dan sistem pembuangan sampah yang tidak teratur. Kekurangan kemudahan awam dan sosial serta infrastruktur merupakan satu masalah yang begitu ketara di Kampung Tengku Hussein sehingga berlakunya tumpuan penduduk dari Kampung ini ke kawasan luar. Strategi 'up-grading' yang dicadangkan adalah dengan mengadakan pertingkatan dalam kawasan Kampung Tengku Hussein. Ini meliputi cadangan memperlengkapkan penyediaan kemudahan awam dan infrastruktur ke dalam kawasan perumahan serta memperbaiki sistem saliran dan sistem pembuangan sampah sarap supaya lebih teratur. Disamping itu di sebahagian kawasan di sediakan tatatur perumahan yyang baru dimana membaiki susunannya di setengah-setengah kawasan yang tidak menentu. Oleh itu satu tatatur perumahan yang baru dicadangkan dimana diujudkan hiraki-hiraki jalan yang teratur.

Subject Term
Villages -- Malaysia -- Perak -- Planning
 
Housing -- Malaysia -- Perak

Kajian (Perancang Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1980


LibraryItem BarcodeCall NumberMaterial TypeItem Category 1
FAB LibraryFAB30000002778HT431.S36 1980 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)
Perpustakaan Raja Zarith SofiahPRZS3000002686HT431.S36 1980 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)
PSZ JB30000002357998HT431.S36 1980 rafReference BookUTM Project Paper (Open Shelves)