Kajian kesesuaian rumah kos murah jenis berkelompok (kelompok berangkai dua tingkat) sebagai mengatasi masalah kekurangan rumah untuk golongan berpendapatan rendah. Kes kajian : Kampong Pandan Tengah
Title
Kajian kesesuaian rumah kos murah jenis berkelompok (kelompok berangkai dua tingkat) sebagai mengatasi masalah kekurangan rumah untuk golongan berpendapatan rendah. Kes kajian : Kampong Pandan Tengah

Personal Author
Rohanah Mahmood

Publication Information
Kuala Lumpur : UTM, 1983

General Note
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 4350 ra

Abstract
Pembangunan semula kawasassn-kawasan setinggan untuk dijadikan sebagai pembangunan perumahan kos rendah adalah diantara usaha-usaha yang giat dijalankan oleh Pihak berkuasa. Setakat ini telah banyak rumah kos murah dibina khasnya untuk golongan yang berpendapatan rendah. Salah satu daripada rumah jenis kos murah yang telah diperkenalkan ialah rumah berkelompok di kawasan Cheras. Rumah jenis ini didapati sesuai bagi pembangunan semula di kawasan kajian kerana ia mempunyai ciri-ciri rekabentuk, kos yang murah dan memandangkan kebanyakan yang tinggal di situ adalah golongan setinggan yang berpendapatan rendah. Dengan itu tujuan kajian ini adalah untuk memastikan kesesuaian jenis rumah berkelompok bagi kawasan kajian Kampong Pandan Tengah. Tapak ini terletak di atas tanah bekas lombong dan kira-kira empat kilometer di selatan timur pusat bandaraya. Prinsip asas pembangunan adalah penggunaan tanah secara optima disamping pertimbangan faktor-faktor sosial dan fizikal seperti keadaan tapak, topografi, pendapatan penduduk dan perhubungan sosial. Antara cadangan utama yang dikemukakan adalah penyediaan rumah yang sebanyak 1,500 unit, penglebaran ruang lantai rumah dan pengalihan pintu utama serta pintu masuk ke dapur rumah. Kemudahan-kemudahan awam dan sosial yang disediakan mengikut keperluan penduduk termasuklah perkedaian, pasar, kawasan lapang, kemudahan rekreasi, keugamaan dan sistem sirkulasi. Pembayaran sewa dihitung mengikut kemampuan penduduk di kawasan kajian. Satu badan pengurusan dibentuk untuk pentadbiran dan kelolaan, dan perlaksanaan ditugaskan kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Subject Term
Cluster housing -- Malaysia -- Kuala Lumpur
 
Public housing -- Malaysia -- Kuala Lumpur
 
Housing -- Malaysia -- Kuala Lumpur

Tesis (Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1983


LibraryItem BarcodeCall NumberMaterial TypeItem Category 1
Perpustakaan Raja Zarith SofiahPRZS3000002510HD7287.5 .R63 1983 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)
PSZ JB30000002401572HD7287.5 .R63 1983 rafReference BookUTM Project Paper (Open Shelves)