Penggunaan dan pengurusan mini estate RISDA, Kes kajian : mini estate Merlimau, Sebatu dan Sungai Rambai, Melaka
Title
Penggunaan dan pengurusan mini estate RISDA, Kes kajian : mini estate Merlimau, Sebatu dan Sungai Rambai, Melaka

Personal Author
Norma Kassim

Publication Information
Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia, 1983

General Note
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 4355 ra

Abstract
Pengurusan ladang yang cekap adalah penting bagi menjamin operasi ladang berjalan dengan licin ke arah meningkatkan daya keluaran. Bagi pekebun-pekebun kecil di Malaysia, kurangnya pengalaman teknik-teknik moden di dalam pengendalian kebun-kebun mereka, disamping kecilnya saiz milikan kebun menyebabkan mereka terus berada dalam kemiskinan. Sistem pengurusan ladang secara Mini Estet diperkenalkan oleh RISDA bertujuan mengatasi masalah ini dengan menyatukan kebun-kebun kecil yang bersempadan untuk dibangunkan dan diuruskan oleh RISDA secara berkelompok. Kerja-kerja ladang yang dijalankan oleh pemborong, dengan keutamaan kepada pemilik bekerja di ladang disamping pengurusan sepenuhnya daripada RISDA menjamin prestasi rancangan ini kearah taraf pengurusan ladang-ladang swasta. Pengurusan yang cekap dan sistematik ini telah menunujukkan beberapa kejayaan dengan perubahan sikap pekebun-pekebun kecil, peluang-peluang pekerjaan, kenaikan nilai tanah, dan kemudahan kepada penduduk disekitarnya. Walaupun begitu pengurusan Mini Estet ini masih menghadapi masalah dan memberikan kesan negatif. Banyaknya urusan-urusan di peringkat awal penubuhan, kurang yakin terhadap kejayaan rancangan dan masalah hakmilik menyebabkan setengah-setengah pemilik tanah tidak menyertai rancangan, ini menimbulkan masalah-masalah pengurusan di tambah lagi dengan kurangnya pengalaman dari pemborong yang di pilih. Oleh itu adalah dicadangkan agar kempen penerangan diberikan dengan jelas dan dijalankan dengan teratur disamping itu pemborong yang berkemahiran dipilih. Didapati sistem kerja yang dijalankan oleh pemborong memberikan kesan negatif kepada sikap peserta-peserta. Oleh itu dicadangkan agar pemilik-pemilik tanah sendiri mengendalikan pembangunan Mini Estet ini dengan latihan-latihan dan pengawasan daripada RISDA. Pengurusan sebegini adalah berfaedah ke arah membentuk pekebun-pekebun kecil yang berdikari di samping menambah kemahiran baru kepada mereka. Dengan itu diharapkan ia akan lebih memberi kesan positif dan ke arah mencapai matlamat pembangunan sosial dan ekonomi pekebun-pekebun kecil.

Subject Term
Agriculture, Cooperative -- Malaysia -- Melaka
 
Plantations -- Malaysia -- Melaka -- Management
 
Land tenure -- Law and legislation -- Malaysia -- Melaka

Tesis (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1983


LibraryItem BarcodeCall NumberMaterial TypeItem Category 1
Perpustakaan Raja Zarith SofiahPRZS3000005431HD1491.M32 M49 1983 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)
PSZ JB30000002370942HD1491.M32 M49 1983 rafReference BookUTM Project Paper (Open Shelves)