Pengindahan kawasan komplek kerajaan Jalan Duta
Title
Pengindahan kawasan komplek kerajaan Jalan Duta

Personal Author
Zarina A Hamid

General Note
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3562 ra

Abstract
Perkembangan pembangunan masakini mengakibatkana pertambahan pembinaan bangunan yang semakin pesat. ini pula menyebabkan pihak-pihak pemaju lebih mementingkan kuantiti pembinaan-pembinaan bangunan demi mencapai keuntungan yang tinggi tanpa memikirkan tentang kualiti alam sekitar dan keindahan dikeliling kawasan pembangunan. Keadaan begini menimbulkan keluhan-keluhan orang ramai tentang pencemaran alam sekitar serta tiada usaha-usaha bagi mengindahkan keadaan alam keliling bangunan-bangunan atau pejabat-pejabat baru. Salah satu kawasan yang menghadapi masalah yang sama ialah Komplek Kerajaan Jalan Duta. Hasil dari kajian fizikal dan visual yang telah dijalankan mendapati kawasan kajian mempunyai keadaan alam sekeliling yang tidak memuaskan serta kadar landskap keras dan landskap lembut yang tidak seimbang. Tiada usaha-usaha bagi memperindahkannya walaupun kawasan tersebut berpotensi sebagai kawasan yang cantik. Keadaan elemen-elemen landskap yang terdapat didalamnya juga tidak memuaskan. Ini tidak dapat mengujudkan keharmonian diantara elemen-elemen itu sendiri. Tiada elemen-elemen yang dapat menarik perhatian selain dari bangunan-bangunan. In adalah akibat pembangunan yang hanya mementingkan pembinaan bangunan tanpa sebarang usaha mengindahkan kawasan sekeliling. Kawasan lapang hanya ditanam dengan pokok-pokok sekadar memenuhi ruang tanpa mengira bentuk, fungsi dan penjagaan. Cadangan yang dikemukakan adalah berupa penyediaan elemen-elemen landskap seperti pokok-pokok dan alatan halaman landskap mengikut prinsip-prinsip yang bersesuaian seperti penyatuan (unityP, penekanan (accent), kesederhanaan (simplicity) dan sebagainya. Ini adalah bagi mengatasi masalah yang dihadapi dan meninggikan kualiti alam sekitar. Disamping itu juga bagi mengujudkan keharmonian elemen-elemen yang terdapat di dalam kawasan kajian. Tindakan-tindakan klain ialah mengekalkan keadaan kawasan yang menarik dan membuang kawasan yang tidak menarik. bagi menjamin kejayaan terhadap cadangan yang dikemukakan, selenggaraan yang rapi juga di pertekankan.

Subject Term
Landscape architecture -- Malaysia -- Kuala Lumpur

Tesis (Diploma Perancang Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1980


LibraryItem BarcodeCall NumberMaterial TypeItem Category 1
FAB LibraryFAB30000002672NA9063.M3 K83 1980 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)
Perpustakaan Raja Zarith SofiahPRZS3000003143NA9063.M3 K83 1980 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)
PSZ JB30000002465403NA9063.M3 K83 1980 rafReference BookUTM Project Paper (Open Shelves)