Kajian kesan terhadap lalulintas hasil dari penukaran taraf Jalan Hang Kasturi kepada laluan pejalan kaki dengan menggunakan TRANSYT-7F
Title
Kajian kesan terhadap lalulintas hasil dari penukaran taraf Jalan Hang Kasturi kepada laluan pejalan kaki dengan menggunakan TRANSYT-7F

Personal Author
Ahmad Termidi Ali

Publication Information
Sekudai : UTM, 1989

General Note
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 5568 ra

Abstract
Jalan Hang Kesturi adalah merupakan satu laluan terpendek dan terpenting yang menghubungkan Jalan Cheng Lock dengan Jalan Tun Perak di pusat bandaraya Kuala Lumpur. Oleh kerana Pasar Budaya yang menjdai tumpuan ramai terletak bersebelahan dengan jalan tersebut, maka pihak berkuasa telah merancnag untuk menukarkan taraf sebahagian daripada jalan tersebut kepada laluan pejalan kaki sahaja untuk mengurangkan konflik antara pejalan kaki dengan kenderaan di kawasan yang terlibat. Adalah dijangkakan dengan penularan taraf tersebut, ianya akan menimbulkan beberapa masalah lalulintas seperti kelewatan dan kesesakan kepada lalulintas di sekitar kawasan berkenaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan-kesan yang akan timbul dari penukaran taraf jalan tersebut. Beberapa alternatif pergerakan lalulintas yang sesuai telah dicadangkan (Rajah 5.2, 5.3 dan 5.4) di mana setiap alternatif mempunyai pendekatan yang berbeza.Kesemua alternatif tersebut diuji bagi mendapatkan kesan dari penukaran itu dengan menggunakan model simulasi lalulintas. Model simulasi yang digunakan adalah TRANSYT-7F yang telah dikeluarkan oleh United States Department of Transportation, Federal Highway Administration (FHWA) Amerika Syarikat. Data-data yang diperlukan diperolehi dari kajian di tapak dan rekod Unit Pengangkutan Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Dalam membuat pilihan alternatif-alternatif yang sesuai, indeks keupayaan telah digunakan sebagai penunjuk. Daripada analisis model simulasi ini, alternatif 3 (Rajah 5.4) telah dipilih kerana memberi nilai indeks prestasi yang paling kecil berbanding dengan dua alterenatif yang lain. Dalam alternatif ini, Jalan Hang Kasturi akan ditutup kepada kenderaan dari persimpangan Jalan Hang Kasturi - Jalan Cheng Lock hingga persimpangan Jalan Hang Kasturi - Lebuh Pasar Besar. Begitu juga dengan sebahagian Jalan H S Lee dan Lebuh Pudu. Manakala sebahagian lagi Jalan H S Lee, Jalan Silang dan Jalan Hang KJastasturi akan diubah kala pergerakannya.

Subject Term
Traffic congestion -- Malaysia -- Kuala Lumpur
 
Traffic engineering -- Simulation methods
 
Pedestrian areas

Tesis (Sarjana Muda Kejuruteraan Awam) - Universiti Teknologi Malaysia, 1989


LibraryItem BarcodeCall NumberMaterial TypeItem Category 1
Perpustakaan Raja Zarith SofiahPRZS3000004905HE336.C64 A35 1989 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)