Implikasi pelaburan langsung asing (1981-1990) terhadap ekonomi Malaysia dengan rujukan khas kepada sektor pembuatan
Title
Implikasi pelaburan langsung asing (1981-1990) terhadap ekonomi Malaysia dengan rujukan khas kepada sektor pembuatan

Personal Author
Chong, Chan Kok

Publication Information
Sekudai : UTM, 1995

General Note
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja :MFL 8526 ra

Abstract
Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha mewujudkan iklim pelaburan yang menarik untuk pengaliran masuk FDI. Kajian ini bertujuan mengkaji faktor penetu pengaliran masuk FDI dan secara empirik mengkaji hipotesis berkenaan dengan implikasi FDI ke atas perdagangan antarabangsa dan kadar pertumbuhan untuk dekad lapan puluhan (1981-1990). Seterusnya, melalui penyelidikan sekunder, kajian ini secara kritikal mengkaji implikasi FDI terhadap Imbangan Pembayaran, struktur guna tenaga dan sejauh mana proses pemindahan teknologi oleh FDI. Model Regresi berbilang Maxwell digunakan untuk menguji implikasi FDI terhadap eksport, import dan kadar pertumbuhan. Hasil analisis menunjukkan koefisyen penentuan (R2) dan ujian hipotesis fungsi eksport, import dan kadar pertumbuhan adalah "significant" secara positif pada aras keyakinan 95 peratus. FDI juga telah mengubah struktur guna tenaga di sektor pembuatan. Kajian menunjukkan FDI menyebabkan kesan defisit terhadap Akaun Semasa dan Akaun Perkhidmatan selama beberapa tahun pada 1980an. Kajian turut mendapati bahawa proses pemindahan teknologi dan aktiviti penyelidikan dan pembangunan adalah kurang dilakukan oleh FDI. Disebabkan faktor luaran yang tidak menentu, adalah penting bagi rakyat Malasia supaya mempertingkatkan keupayaan sumber manusia, bersama-sama mengekalkan kestabilan politik dan memperbaiki infrastruktur. Secara keseluruhan, FDI mempunyai hubungan positif terhadap ekonomi negara yang cemerlang.

Subject Term
Investments, Foreign -- Malaysia -- Social aspects
 
Manufactures -- Foreign influences
 
Malaysia -- Economic conditions -- 1981-

Kertas projek (Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1995


LibraryItem BarcodeCall NumberMaterial TypeItem Category 1
Perpustakaan Raja Zarith Sofiah30000002963225HG4538 C56 1995Closed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)