Pengurusan bengkel kemahiran hidup di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian, Johor : satu tinjauan
Title
Pengurusan bengkel kemahiran hidup di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian, Johor : satu tinjauan

Personal Author
Zulkifly Thahir

Publication Information
Sekudai : UTM, 1995

General Note
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8553 ra

Abstract
Mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran pra-vokasional yang diajar di peringkat menengah rendah bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas dalam dunia teknologi. Proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini dijalankan di dalam bengkel yang melibatkan alat-alat tangan dan mesin. Faktor kejayaan mata pelajaran ini ialah pengurusan dan pengelolaan bengkel yang berkesan. Kajian ini dibuat untuk meninjau masalah dan tahap pengurusan bengkel Kemahiran Hidup yang terdapat di sekolah-sekolah menengah di daerah Pontian berhubung dengan masalah pengurusan dan pengelolaan bengkel, amalan keselamatan yang diamalkan di bengkel, beban tugas guru yang mempengaruhi kerja-kerja pengurusan dan cara pengurusan stok inventori. Sampel kajian adalah terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah-sekolah menengah di daerah Pontian. Kajian ini dibuat dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan maklum balas. Keputusan kajian menunjukkan tahap pengurusan yang sederhana. Terdapat kelemahan dalam aspek penyelenggaraan dan pengelolaan bengkel. Kelemahan ini diharap dapat diatasi setelah beberapa cadangan dikemukakan untuk diambil tindakan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Subject Term
Life skills -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia -- Johor
 
Life skills -- Management -- Malaysia -- Johor

Kertas projek (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1995


LibraryItem BarcodeCall NumberMaterial TypeItem Category 1
Perpustakaan Raja Zarith Sofiah30000003247719LB1620 Z84 1995 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)