Corak pembangunan dan pelaburan harta tanah perdagangan (rumah kedai) di sepanjang laluan utama di kawasan Daerah Johor Bahru : kes kajian : laluan Johor Bahru - Skudai dan laluan Johor Bahru - Ulu Tiram
Title
Corak pembangunan dan pelaburan harta tanah perdagangan (rumah kedai) di sepanjang laluan utama di kawasan Daerah Johor Bahru : kes kajian : laluan Johor Bahru - Skudai dan laluan Johor Bahru - Ulu Tiram

Personal Author
Mazlan Abdullah

Publication Information
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1996

General Note
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8807 ra

Abstract
Sepanjang tahun 1991 hingga 1995, Negeri Johor khususnya Johor Bahru telah membangun dengan pesat dimana keseluruhan Negeri Johor telah mencatatkan kadar pertumbuhan ekonomi yang tertinggi iaitu 9.4% berbanding dengan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia sendiri iaitu pada kadar 8.0% setahun. Bagi tahun 1996 pula ramalan kadar pertumbuhan ekonomi untuk Negeri Johor ialah 9.0%. Keadaan pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan menggalakkan sepanjang tempuh tersebut telah menggalakkan pembangunan pesat dalam bidang harta tanah khususnya di laluan-laluan utama di sekitar daerah Johor Bahru. Pembangunan tersebut wujud khususnya di laluan utama Johor Bahru. Pembangunan tersebut wujud khususnya di laluan utama Johor Bahru - Skudai dan Johor Bahru - Ulu Tiram. Bentuk-bentuk pembangunan ini termasuklah kawasan-kawasan perumahan terancang yang besar yang juga menyediakan elemen-elemen perumahan, industri ringan serta perdagangan. Secara umumnya, kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi juga telah menggalakkan peningkatan dalam penyediaan infrastruktur khususnya pelebaran jalan-jalan utama, kewujudan laluan-laluan baru dan alternatif, dan peningkatan dari segi mutu infrastruktur. Maka permintaan terhadap harta tanah perdagangan (rumah kedai) begitu menggalakkan di sepanjang laluan utama tersebut. Ini dapat di tunjukkan dengan kenaikan nilai modal dan nilai sewa bagi tahun 1991 hingga 1995. Kajian ini bertujuan untuk meninjau dengan lebih teliti corak pembangunan rumah kedai di laluan utama tersebut mengkaji corak pelaburan yang telah berlaku, khususnya bagi rumah kedai di kawasan kajian. Hasil kajian diharap dapat dimanfaatkan untuk para pelabur bagi mengenalpasti bukan sahaja kawasan pelaburan yang baik tetapi juga corak pelaburan yang berkeupayaan.

Subject Term
Real estate development -- Malaysia -- Johor
 
Real estate investment -- Malaysia -- Johor
 
Shopping centers -- Malaysia -- Johor

Kertas projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1996


LibraryItem BarcodeCall NumberMaterial TypeItem Category 1
Perpustakaan Raja Zarith Sofiah30000003694142HD1391 M39 1996 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)