Rekabentuk dan pembinaan tangki simpanan air di Malaysia : kajian kes
Title
Rekabentuk dan pembinaan tangki simpanan air di Malaysia : kajian kes

Personal Author
Lim, Hock Choon

General Note
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7457 ra

Abstract
Tangki air merupakan satu struktur yang penting dalam sistem bekalan air untuk memastikan bahawa kawalan air tidak terputus jika terdapat sebarang kerosakan pada bahagian pembekalan. Kebanyakan tangki air di Malaysia adalah dibina menggunakan konkrit dan keluli samada tangki air di bumi atau menara iar. Tangki air ini mempunyai beberapa masalah seperti pengaratan, penyenggaraan, keretakan, dan masalah pembinaan. Memandangkan masalah yang timbul ini, kajian terhadap penggunaan bahan lain untuk menggantikan konkrit dan keluli telah dijalankan.Di antara bahan yang diperkenalkan termasuklah Simen Fero Bergentian, Plastik Bertetulang Gentian dan Kaca Terlakur. Penggunaan tangki air tersebut tidak begitu meluas pada masa sekarang tetapi ia mempunyai masa depan yang baik.Projek ini akan membincangkan rekabentuk dan pembinaan jenis-jenis tangki air di Malaysia. Kajian yang lebih lanjut akan dibincangkan untuk tangki air konkrit bertetulang dan konkrit prategasan. Rekabentuk dan pembinaan Jenis tangki air yang lain akan diperkenalkan secara ringkas kerana tangki air ini dibuat dan dibina oleh pengeluar tertentu.Tiga kajian kes telah dijalankan untuk membincangkan pemilihan jenis tangki air dan rekabentuk.

Subject Term
Tanks -- Design and construction

Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Awam)-Universiti Teknologi Malaysia, 1991


LibraryItem BarcodeCall NumberMaterial TypeItem Category 1
Perpustakaan Raja Zarith Sofiah30000001533664TA660.T34 L55 1991 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)