Sistem maklumat penjadualan bas berkomputer
Title
Sistem maklumat penjadualan bas berkomputer

Personal Author
Mohd. Nizam Osman

General Note
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 5435 ra .

Abstract
Projek bertajuk Sistem Maklumat Penjadualan Bas Berkomputer ini mula dibangunkan pada awal bulan Januari 1989 setelah persetujuan dibuat dengan penasihat projek Encik Syed Othmawi bin Abdul Rahman. Rujukan awal bagi menyediakan sistem ini diperolehi daripada pihak Ekspress Nasional Berhad (ENB). Pihak ENB masih lagi menyediakan sistem penjadualan basnya secara manual. ENB dipilih kerana ianya berdekatan dengan UTM dan juga ia merupakan satu-satunya syarikat kepunyaan bumiputera yang mengendalikan perkhidmatan bas ekspress terbesar di Semenanjung Malaysia. Perlu dinyatakan di sini bahawa projek ini tidak membangunkan sistem penjadualan bas yang khusus untuk ENB, tetapi ianya dibangunkan sebagai sistem penjadualan yang umum dan sesuai digunakan bagi sesebuah syarikat bas ekspress yang tipikal. Hasil daripada kajian awal, satu laporan kajian kemungkinan telah dapat disiapkan. Dari kajian kemungkinan ini, satu model syarikat bas yang tipikal telah dibina. Teknik yang digunakan bagi menyediakan sistem penjadualan bas ini adalah teknik Penyelidekan Operasi (Operation Research) iaitu menggunakan Kaedah "Apa-Jika" (What-If Method). Menggunakan kaedah di atas, rekabentuk Sistem Maklumat Penjadualan Bas Berkomputer telah dapat dibangunkan. Fasa pembangunan sistem ini melibatkan fasa pengaturcaraan, pengujian, penilaian dan pembetulan. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan komputer mikro IBM PC/XT yang berkeupayaan 640 KB dengan menggunakan perisian Turbo Pascal Versi 5.0. Laporan ini merangkumi dua bahagian iaitu cadangan sistem maklumat bagi sebuah syarikat bas ekspress yang tipikal dan juga cadangan sistem penjadualan bas menggunakan komputer secara terperinci.

Subject Term
Bus lines -- Malaysia -- Timetables -- Data processing
 
Information storage and retrieval systems -- Transportation
 
Bus lines -- Malaysia -- Data processing

Added Author
Mohd. Fauzi Ali

Tesis ( Sarjana Muda Sains Komputer) - Universiti Teknologi Malysia, 1989


LibraryItem BarcodeCall NumberMaterial TypeItem Category 1
Perpustakaan Raja Zarith SofiahPRZS3000005438HE5693.6.M64 1989 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)