Sistem pemilikan tanah dalam Islam
Title
Sistem pemilikan tanah dalam Islam

Personal Author
Mohd. Yusuff Omar

Publication Information
1983

General Note
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : MFL 4219

Abstract
Melalui penulisan ilmiah ini, penulis akan membahagikan perbincangannya kepada beberapa bab. Bab pertama akan dimulakan dengan pengenalan rengkas mengenai tujuan, bidang dan perkaedahan kajian. Dalam Bab Kedua pula akan dibicarakan mengenai kepentingan pemilikan tanah secara 'amnya yang meliputi soal-soal hukum dan kaedah pemilikan. Bab ini juga akan menjelaskan kedudukan tanah-tanah pemilikan perseorangan, pemerintah dan awam. Mengenai Pemilikan Tanah yang belum diteroka dan dibincangkan di dalam Bab ketiga. Bab ini meliputi perbincangan mengenai tanah usang (ardh mawat) dan cara seseorang itu boleh memiliki tanah tersebut melalui ehya', iqta' dan tahjir. Selanjutnya Bab keempat pula akan membentangkan mengenai pemilikan tanah subur. Di sini perbahasan akan berkisar disekitar tanah-tanah yang ditakluki oleh Islam samada dengan peperangan, perjanjian perdamaian atau penyerahan. Termasuk juga dalam Bab ini ialah pemilikan tanah simpanan awam dan tanah pinggir. Bab kelima pula akan di perkatakan tentang pemilikan sumber-sumber semulajadi akan mencakupi harta-harta perlombongan dan sumber air. Penjelasan mengenai jenis-jenis harta perlombongan dan tujuan penggunaan air juga didapati dalam Bab ini. Dalam Bab keenam penulis akan menerangkan beberapa amalan dalam pemilikan tanah iaitu dari segi amalan mu'amalat menurut Islam. Amalan ini sebenarnya adalah luas bidangnya, tetapi di sini hanya dibincangkan beberapa fasal sahaja iaitu dari segi jual-beli, sewa dan gadai tanah. Sesiapa yang memiliki mana-mana bidang tanah adalah tidak terlepas daripada melaksanakan tanggungjawabnya terhadap pemerintahnya. Tanggungjawab ini adalah dalam bentuk kharaj dan 'usyr atau membayar cukai dan mengeluarkan zakat yang berkaitan dengan tanah. Samada sesuatu bidang tanah itu dikenakan kharaj atau'usyr adalah tertakluk kepada samada tanah itu bertaraf kharajiah atau 'usyriah. Semua ini dibincangkan dalam Bab ketujuh. Sebagai menutup dan merumuskan kajian ilmiah ini, pada Bab kelapan akan membentangkan beberapa kelemahan dan perbezaan yang terdapat dalam sistem pemilikan tanah yang diamalkan sekarang dengan amalan yang terdapat dalam sistem pemilikan tanah dalam Islam.

Subject Term
Land tenure (Islamic law)

Tesis (Sarjan Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1983


LibraryItem BarcodeCall NumberMaterial TypeItem Category 1
Perpustakaan Raja Zarith Sofiah30000010146504HD1251 M98 1983 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)
PSZ JB30000002388100HD1251 M98 1983 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)