Perbandingan pelupusan tanah menurut Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 dan Islam
Title
Perbandingan pelupusan tanah menurut Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 dan Islam

Personal Author
Rosli Katiman

Publication Information
Sekudai : UTM, 1989

General Note
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 5165 ra

Abstract
Penulisan yang dibuat adalah menerangkan tentang perbandingan pelupusan tanah menurut Kanun Tanah Negara dan islam. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti pelupusan tanah menurut Kanunu Tanah Negara dan islam dan seterusnya satu perbandingan akan dilakukan keatas kedua-dua pelupusan tersebut. Di sini juga penulis akan mengemukakan cadangan-cadangan yang bersesuaian dengan islam untuk mengatasi masalah sistem pelupusan yang diamalkan di negara kita pada hari ini. Pada amnya, penulisan ini dibahagikan kepada lima bab. Bab pertama adalah merupakan tinjauan umum mengenai objektif kajian, pernyataan masalah, skop kajian, metodologi dan kepentingan kajian. Bab kedua dan ketiga pula merupakan satu perbincangan mengenai kedua-dua pelupusan tersebut. Di antara perkara-perkara yang disentuh disini ialah mengenai latarbelakang sejarah undang-undang tanah sivil dan islam, jenis-jenis pelupusan, mereka-mereka yang berhak menerima pelupusan, had-had pelupusan, cara-cara pelupusan dilakukan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan kedua-dua pelupusan menurut KTN dan Islam. Seterusnya Bab empat merupakan kajian perbandingan pelupusan di antara KTN dan Islam. Di sini perbincangan dilakukan dengan melihat persamaan dan perbezaan yang wujud di antara Islam dan KTN. Akhir sekali ialah Bab lima iaitu kesimpulan dan cadangan. Disini juga beberapa cadangan berasaskan kepada konsep Islam akan diutarakan untuk dijadikan satu alternatif kepada kelemahan-kelemahan yang wujud di dlam pengamalan KTN di masa ini. Akhir sekali satu kesimpulan secara menyeluruh ke atas kajian penulisan ini akan dilakukan.

Subject Term
Land tenure -- Law and legislation -- Malaysia -- Perlis
 
Land tenure (Islamic law) -- Malaysia

Kertas projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda dan Penilaian)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1989


LibraryItem BarcodeCall NumberMaterial TypeItem Category 1
Perpustakaan Raja Zarith SofiahPRZS3000007312HD1167.M3 R36 1989 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)