Perancangan perumahan kos rendah melalui konsep kondominium di Wilayah Persekutuan
Title
Perancangan perumahan kos rendah melalui konsep kondominium di Wilayah Persekutuan

Personal Author
Lim, Eng Bee

Physical Description
1j + 1 peta

General Note
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3568 ra

Abstract
Matlamat utama perancangan perumahan ialah menentukan supaya semua rakyat Malaysia, terutamanya golongan yang berpendapatan rendah, diberi peluang yang sewajarnya untuk memiliki rumah. Perumahan jenis densiti rendah yang sedia ada telah menimbulkan masalah pembahagian lot yang tidak ekonomi, kekurangan kawasan lapang untuk rekreasi dan kurangnya penyelenggaraan dalam komuniti. Kerajaan telah melaksanakan sekim perumahan kos rendah berdasarkan konsep kondominium dalam tempoh Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) dengan tujuan untuk memberikan peluang kepada rakyat memiliki rumah dan mengatasi masalah perumahan semasa. Konsep kondominium adalah berdasarkan kepada pemilikan bersama dan pemeliharaan terhadap semua fasiliti secara berkongsi. Oleh yang demikian, objektif dissertasi ini ialah untuk mengkaji perancangan perumahan kos rendah berdasarkan konsep ini. Prinsip asasnya ialah penggunaan tapak secara optima. Faktor-faktor sosial, ekonomi dan fisikal dipertimbangkan. Penyediaan dan pengaturan kemudahan bertujuan untuk menggalakkan interaksi sosial. Cadangan pembangunan kondominium dinilaikan melalui kos pembangunan, penyesuaian dengan keadaan semasa dan kemampuan bakal penghuni untuk memilikinya. Melalui pembangunan kondominium ini adalah diharapkan objektif-objektif kajian ini dapat dicapai.

Subject Term
Condominiums -- Malaysia -- Kuala Lumpur
 
Housing -- Malaysia -- Wilayah Persekutuan

Tesis (Diploma Perancang Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1982


LibraryItem BarcodeCall NumberMaterial TypeItem Category 1
FAB LibraryFAB30000005960HD7287.67.M32 K8214 1982 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)
Perpustakaan Raja Zarith SofiahPRZS3000003147HD7287.67.M32 K8214 1982 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)
PSZ JB30000000135032HD7287.67.M32 K8214 1982 rafReference BookUTM Project Paper (Open Shelves)