Program pemulihan matematik di sekolah rendah
Title
Program pemulihan matematik di sekolah rendah

Personal Author
Umi Kalsom Mohd. Yusof

Publication Information
Sekudai : UTM, 1993

General Note
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja:MFL 8426 ra

Abstract
Program Pemulihan adalah satu program yang amat penting dalam kurikulumBaru Sekolah Rendah (KBSR). Ianya disediakan khas untuk murid-murid yang menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran-kemahiran 3M iaitu membaca,menulis dan mengira. Masalah kelemahan murid dalam matematik perlu diatasisecepat mungkin. Masalah yang dihadapi pada peringkat rendah akan dibawakeperingkat yang lebih tinggi iaitu di peringkat sekolah menengah yang lebihtinggi iaitumdiperingkat sekolah menengah jika tidak diatasi pada peringkatrendah lagi. Kajian yang dilakukan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang Kelas Pemulihan Matematik yang ada dijalankan di 100 buah sekolah rendah dalam negeri Johor. Dalam kajian ini, guru-guru pemulihan matematik telah dijadikan responden soal selidik yang diedarkan ke sekolah-sekolah yang dipilih.Dari kajian tersebut, didapati Kelas Pemulihan Matematik kebanyakkanya dijalankan disekolah-sekolah rendah ini. Walaupun terdapat beberapa masalah ya ng timbul, kelas ini tetap dijalankan oleh guru khas pemulihan yang telahmenjalani beberapa kursus berkaitan dengan kelas pemulihan. Murid-murid yangmemenuhi kriteria untuk mengikuti Kelas Pemulihan Matematik ini akan menduduki satu ujian diagnostik dan seterusnya mengikuti kelas Kemahiran ini sehingga 'pulih'. Bentuk pemelajaran matematik dikalangan murid-murid dibincangkan dalam Bab 5.Beberapa cadangan juga diberikan untuk memperbaiki pengendalianKelas Pemulihan matematik. Cadangan-cadangan juga diberikan untuk bentuk pemulihan yang boleh dilakukan oleh guru matematik sendiri dalam kelas semasa proses pengajaran dan pemelajaran sedang berlangsung.

Subject Term
Mathematics -- Problems, exercises, etc.
 
Mathematics -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia

Kertas Projek (Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993


LibraryItem BarcodeCall NumberMaterial TypeItem Category 1
FS LibraryFS300000007429QA43 U44 1993 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)
Perpustakaan Raja Zarith Sofiah30000002961187QA43 U44 1993 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)