Hartaanah sebagai asas cukai di Malaysia
Title
Hartaanah sebagai asas cukai di Malaysia

Personal Author
Noor Lida Bahar

Publication Information
1983

General Note
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : MFL 3639

Abstract
Dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia, kerajaan cuba untuk menyediakan satu keadaan yang sesuai dan selesa untuk dinikmati oleh penduduknya. Projek-projek pembinaan dijalankan dan perkhidmatan-perkhidmatan perlu disediakan. Ini semuanya memerlukan perbelanjaan yang besar. Kerajaan menggunakan berbagai cara untuk mendapatkan hasil bagi menampung perbelanjaan seperti ini dan salah satu daripadanya ialah dengan pengenaan cukai. Terdapat bermacam-macam benda dan perkara yang mana sesuatu cukai itu boleh diasaskan, dan hartanah merupakan asas yang paling lama telah digunakan. Sebagai satu bentuk harta semula jadi yang telah sedia ada, tanah mempunyai sifat-sifat yang unik dan tersendiri. Sifat-sifat yang terkandung didalam Bab 4 ini, memainkan peranan penting dalam menjadikannya sebagai asas cukai yang baik. Ini ditunjukkan dengan adanya beberapa jenis cukai hartanah, yang dikenakan seperti yang terdapat didalam Bab 5. Cukai yang baik dapat menentukan hasil kutipan yang setabil dan ini sangatlah dikehendaki oelh kerajaan kerana ia dapat menolong memenuhi kos pembiayaan yang diperlukan. Oleh itu dibahagian akhir dissertasi ini, tinjauan mengenai masalah-masalah yang timbul akan dibuat di samping mengemukakan beberapa cadangan yang difikirkan dapat menolong memperbaiki sistem cukai hartanah yang ada pada masa ini.

Subject Term
Real property tax -- Malaysia
 
Real property and taxation -- Malaysia

Tesis (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1983


LibraryItem BarcodeCall NumberMaterial TypeItem Category 1
Perpustakaan Raja Zarith SofiahPRZS3000005426HD1295.M3 N66 1983 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)