Feng shui dalam menentukan prancangan sebuah rumah kediaman
Title
Feng shui dalam menentukan prancangan sebuah rumah kediaman

Personal Author
Cheng, Peng Sia

General Note
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 4086 ra

Abstract
Pada lazimnya, tanggapan bahawa keharmonian dan kemakmuran sesebuah keluarga berkaitan dengan rumah kediamannya diterima oleh setiap budaya. Aspek ini meliputi alam persekitaran, perletakan, orientasi, rekabentuk, susunan dalaman dan segala situasi yang boleh mempengaruhi kehidupan setiap hari penghuni rumah tersebut. Ideologi mungkin berlainan bagi negara Barat dan Timur, tetapi matlamat mencapai satu kehidupan dan alam persekitaran yang dapat dinikmati adalah sama. Aspek ini dititikberatkan khasnya di Negeri Cina. Satu bidang yang berkaitan dengan perhubungan antara alam persekitaran dengan kehidupan manusia sama ada yang hidup atau mati telah muncul dan bidang ini dinamakan sebagai Feng Shui. Walaupun bidang ini bermula dari Negeri Cina tetapi konsep asalnya telah diikuti masyarakat Cina di merata-rata tempat. Di masyarakat tempatan kita, masih ramai yang mempercayai dan berpegang pada konsep ini. Jadi, kajian ini berfungsi sebagai titik permulaan untuk menerokai bidang ini. Diharap pendekatan ke topik ini sedikit sebanyak akan membantu dalam proses rekabebentuk sesebuah rumah supaya tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Feng Shui yang masih dipegang oleh orang ramai. Konsep asas Feng Shui amat luas dan merangkumi alam semesta sebagai satu keseluruhan organisma yang hidup juga yang mati. Skop kajian ini dihadkan hanya kepada bidang kepercayaan dan prinsip Feng Shui dalam menentukan perancangan sesebuah rumah kediaman. Analisis skop ini meliputi asal usul, sejarah, definisi dan aliran pemikiran Feng Shui. Perbincangan selanjutnya ditumpukan kepada aspek alam persekitaran serta perancangan dalaman sebuah rumah. Pegangan dan pengaruh Feng Shui dalam masyarakat tempatan telah dikaji melalui beberapa kajian kes. Skinner (1983, m.s. 2) pernah berkata : After all, who can deny that the adjustment of the environment, by methods no more esoteric than the addition of landscaped parklands to a city or the decoration and re-furnishing of a room, reflect upon the lives of the inhabitants?' Kajian ini bukan bertujuan untuk merencanakan satu tesis atau hipotesis tetapi diharap tentang bidang ini akan dipertimbangkan dengan lebih objektif dan rasional.

Subject Term
Feng shui
 
Architecture -- Environmental aspects
 
Symbolism in architecture

Kajian topika (Sarjana Muda Senibina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1987


LibraryItem BarcodeCall NumberMaterial TypeItem Category 1
FAB LibraryFAB30000003459NA2543.F4 C44 1987Closed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)
Perpustakaan Raja Zarith SofiahPRZS3000003898NA2543.F4 C44 1987 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)