Pengiraan berkomputer untuk masalah pengaturcaraan linear
Title
Pengiraan berkomputer untuk masalah pengaturcaraan linear

Personal Author
Wan Azrie Wan Ahmad

Publication Information
1991

General Note
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7710 ra

Abstract
Projek pengiraan berkomputer bagi pengaturcaraan linear ini adalah bertujuan untuk menentukan pengoptimumum sesuatu masalah matematik yang digunakan. Persamaan matematik tadi telah dimasukkan nilai pembolehubah buatan yang dinamakan "surplus" dan "slack". Tesis ini menerangkan langkahmerekabentuk program yang bermula dari satu langkah kesatu langkah. Ini akan menjelaskan lagi pemahaman tentang perjalanan program. Ianya juga membandingkan antara penyelesaian secara manual dan secara berkomputer. Tesis ini mengandungi beberapa bahagian yang berkaitan dengan pengaturcaraan linear. Diantaranya adalah pengaturcaraan linear sendiri. Kaedah Simpleks dan juga Kaedah Revised Simpleks. Setiap satunya mempunyai kaedah dan bahagian-bahagiannya yang tersendiri. Pada bahagian awal tesis ini diterangkan definasi umum langkah dan kaedah pengaturcaraan linear. Didalam bab ini juga diterangkan berkaitan apa itu pembolehubah slack dan surplus dan disertakan contohnya sekali. Juga diterangkan berkaitan dengan pengaturcaraan persamaan linear. Didalam bab yang seterusnya diterangkan berkaitan dengan Kaedah Simpleks. Ianya meliputi pengenalan, penilaian dan konsep asas kaedah simplek. Tidak ketinggalan diterangkan mengenai syarat-syarat pengoptimuman sertapembuktian dan penyelesaian asas tersaur. Juga dengan langkah-langkah penyelesaiannya sekali. Selepas itu akan diterangkan mengenai kaedah Revised Simpleks didalam bab yangseterusnya. Didalam bab ini akan diterangkan mengenai masalah "dual". Cara penyelesaian juga tidak ketinggalan disentuh. Ia merangkumi penyelesaian secara manual dan juga secara berkomputer. Penyelesaian secara manual akan dibahagi kepada dua iaitu penyelesaian secara serentak dan juga penyelesaian secara persamaan linear. Keterangan program tidak ketinggalan diterangkan. Ianya mempunyai beberapa prosedur yang penting.Ia mengadungi prosedur seperti Input Value, Print Out, LProg dan sebagainya. Selepas itu barulah keputusan tesis dikemukan. Inilah yang penting didalam tesis ini. Ia mengandungi dua bahagian yang utama seperti perbandingan kaedah manual dan juga secara berkomputer dan bentuk keluaran secara berkomputer. Barulah kesimpulan dan juga cadangan sebagai mengakhiri tesis ini. Selepas itu barulah rujukan serta lampiran yang mengandungibeberapa Appendik.

Subject Term
Linear programming
 
Programming (Mathematics)

Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik) - Universiti Teknologi Malaysia, 1991


LibraryItem BarcodeCall NumberMaterial TypeItem Category 1
Perpustakaan Raja Zarith Sofiah30000001363138T57.74 W36 1991 rafClosed Access ThesisUTM Project Paper (Closed Access)