Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Penentuan taburan perumahan optimum dengan menggunakan teknik optimisasi : Kajian kes : Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
Title:
Penentuan taburan perumahan optimum dengan menggunakan teknik optimisasi : Kajian kes : Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1995
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja:MFL 8433 ra
Abstract:
Tujuan utama perancangan dalam pembangunan tanah adalah untuk memandu penggunaan sumber jaya (tanah) setempat yang optimum, selaras dengan kepentingan masyarakat secara keseluruhan. Sistem bandar yang kompleks pula sering menjadi penghalang utama untuk kebanyakan aktiviti perancangan. Amalan perancangan semasa telah menunjukkan kegagalan dalam pemcapaian pembangunan tanah bandar yang optimum ini disebabkan batasan teknik yang digunakan dan keupayaan perancang sendiri untuk mempertimbangkan pelbagai dimensi perancangan secara serentak. Maka bagi mencapai keberkesanan perancangan bandar dan penggunaan ruang tanah bandar khasnya untuk perumahan yang terhad secara optimum, kajian ini telah berjaya mengemukakan teknik optimisasi sebagai satu kaedah kuantitatif yang berasaskan pengaturcaraan linear untuk menselaku agihan taburan perumahan di kawasan kajian MBJB. Teknik optimisasi merupakan satu model penyelidikan kendalian (operational research) yang membolehkan penyelesaian kepada masalah peruntukan secara optimum dengan mengambilkira pertimbangan kepada pelbagai aspek sebagai halangan dan kekangan yang perlu dipenuhi untuk membolehkan perancangan yang meliputi pelbagai dimensi. Melalui kajian teoritikal, mekanisme pembangunan perumahan melibatkan pelbagai "actor" atau pelakun iaitu jururancang, pengguna, pentadbir tanah dan para "environmentalis" yang mana menyebabkan pertimbangan pembangunan perumahan perlu diberikan untuk memastikan pembangunan perumahan yang memenuhi permintaan perumahan penduduk setempat, memenuhi piawaian perancangan untuk pembangunan perumahan yang selesa, tidak melebihi had keupaya tampungan tanah dan paling mendatangkan keuntungan kepada pihak berkuasa setempat dari segi janaan cukai taksiran perumahan. Maka masalah pengaturcaraan linear yang dibentuk terdiri daripada fungsi objektif memaksimumkan jumlah janaan percukaian taksiran perumahan dan tertakluk kepada keupayaan tanah untuk pembangunan, permintaan perumahan, pengaruh piawaian pembangunan serta polisi pembangunan setempat. Kajian empirikal terhadap keseluruhan MBJB dilakukan untuk taburan perumahan optimum ini pada tahun unjuran 2000 di mana pelbagai data dan maklumat preskriptif sehingga tahun 2000 perlu dikenalpasti bagi membolehkan operasi menselakukan mekanisme penaburan perumahan pada tahun 2000 dijalankan. Hasil penyelesaian pengiraan dari banyak "iteration" yang dijalankan melalui pertolongan perisian komputer Quattro Pro V.4.0 telah menunjukkan saatu matriks Xij yang dapat menunjukkan bilangan unit perumahan X dari kategori perumahan j (sama ada kos rendah, kos sederhana dan kos tinggi) yang wajar ditaburkan dalam satu-satu zon perancangan i (12 zon kajian). Walau bagaimanapun masalah utama penggunaan teknik ini yang mana juga merupakan batasan penggunaannya dalam amalan dunia perancangan adalah keperluan data-data yang terlalu banyak dan komprehensif yang mana sering sukar untuk didapatkan. Disamping lain-lain masalah seperti kesesuaian penentuan fungsi objektif dan kekangan sebagai batasan yang sebenar untuk mencapai fungsi objektif tertentu. Penyelidikan ini merumuskan keperluan integrasi pelbagai sistem bagi membenarkan penyatuan dan pencapaian yang lebih cekap dan berkesan. Namun penggunaan teknik ini sering melibatkan data-data yang telah di permudahkan melalui generalisasi maka segala keputusan yang dihasilkan dari penyelesaian set algorithma yang dibentuk adalah wajar dianggap sebagai satu sokongan keputusan kepada analisis masalah dan perancangan tetapi tidak sebagai keputusan perancangan yang mutlak dan muktamat untuk diikuti.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1995

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000000076 HD7363.6.J69 K64 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003297 HD7363.6.J69 K64 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page