Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Perumahan dalam tahun 2020 - kajian ke atas keperluan bahan-bahan binaan di Negeri Johor
Title:
Perumahan dalam tahun 2020 - kajian ke atas keperluan bahan-bahan binaan di Negeri Johor
Personal Author:
Publication Information:
Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1992
General Note:
Kertas Projek (Sarjana Muda Bangunan) -- Universiti Teknologi Malaysia, 1992

Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja:MFL 7703 ra
Abstract:
Dari tahun 1989 sehingga 1991, negara kita telah dikejutkan oleh kekurangan bahan binaan di pasaran serta kenaikan harga bagi bahan binaan yang tertentu. Ianya berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya, dimana bahan binaan mencukupi untuk kegunaan pasaran. Keadaan tersebut telah menganggu kemajuan ndustri binaan yang ketika itu sedang bergerak cergas. Menyedari betapa pentingnya pembekalan bahan-bahan binaan, seiring dengan kemajuan industri binaan; maka idea untuk menjalankan penyelidikan ini timbul. Penyelidikan ini adalah bertujuan mengenalpasti jumlah bahan-bahan binaan yand diperlukan di dalam industri perumahan di negeri Johor pada tahun 2020. Di samping itu, strategi bagi memenuhi keperluan bahan binaan juga dibincangkan. Kaedah penyelidikan boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu menyediakan unjuran perumahan dengan mengambilkira aspek-aspek keperluan perumahan dan komposisinya. Kedua ialah mengira kuantiti bahan bagi setiap unit rumah. Kesemuanya terdapat 6 pringkat kajian, iaitu; mendapatkan unjuran keperluan perumahan, mendapatkan kuantiti bahan untuk setiap jenis rumah, membuat pelarasan berasaskan purata luas lantai, mendapatkan pecahan perumahan, mengenalpasti bahan binaan yang diperlukan dan analisis keperluan dan penawaran bahan binaan. Hasil penyelidikan mendapati bahawa bahan binaan yang diperlukan pada tahun akan datang berubah-ubah kenaikannya sela tahun 1996-2000 mencatatkan keperluan menurun sebanyak 23.6 peratus berbanding tempoh yang sama sebelumnya. Manakala tempoh tahun 2001-2005 kenaikan 23.4 peratus dan begitu juga tempoh tahun selepasnya tetapi hanya 15.5 peratus sahaja. Kenaikan terus turun ke paras 13.9 peratus pada sela tahun 2011-2015 tetapi naik ke paras 16.3 peratus untuk tahun 2016-2020. Dilihat dari trend pembekalan, perkembangannya harus diikuti, tetapi penekanan harus diberikan kepada pengeluaran blok konkrit dan bata simen. Dari segi strategi pembekalan, penulis merumuskan bahawa strategi pembekalan harus ditumpukan kepada peranan-peranan pihak kerajaan, pengguna dan pihak umum.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000001700 HD7363.6.J69 Z35 1992 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000001343932 HD7363.6.J69 Z35 1992 raf Non Circulating UTM Special Collection Materials UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
-8416 HD7363.6.J69 Z35 1992 raf Non Circulating UTM Special Collection Materials Restricted & Confidential UTM Project Paper
Searching...

On Order

Go to:Top of Page