Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kebekersanan program pembangunan perumahan kos rendah LRMD oleh perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Kajian kes : Tapak Maha, Jalan Kelang Lama, Petaling, Selangor
Title:
Kebekersanan program pembangunan perumahan kos rendah LRMD oleh perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Kajian kes : Tapak Maha, Jalan Kelang Lama, Petaling, Selangor
Personal Author:
Abstract:
Memang tidak dinafikan bahawa masalah permintaan perumahan terutama perumahan kos rendah telah menjadi satu isu yang hangatdiperbincangkan di peringkat nasional dan negeri. Walaupun pihak kerajan telah mencuba sedaya upaya bagi mengatasi masalah ini, namun langkah penyelesaian yang diambil adalah tidak beberapa berkesan. Ini jelas terbukti apabila penawaran perumahan kos rendah tidak dapat memenuhi permintaan. Dalam meningkatkan program perumahan kos rendah di negeri Selangor, pihak PKNS telah mencuba berbagai alternatif cadangan termasuk cadangan konsep perumahan LRMD. Tujuan utama konsep ini adalah bagi penempatan semula penduduk setinggan yang terdapat di atas tanah kerajaan bekas kawasan perlombongan. Keadaan tanah di kawasan tersebut adalah amat sesuai bagi pembangunan perumahan LRMD dari segi penjimatan kos bahan binaan dan perlaksanaan. Pembangunan perumahan LRMD yang pertama di Negeri Selangor merangkumi satu sekim yang dijalankan berfasa-fasa di kawasan Petaling Jaya Selatan. Tapak MAHA merupakan pembangunan fasa pertama dalam sekim tersebut. Kajian analisa semasa pembangunan perumahan Tapak MAHA mengutarakan beberapa kebaikan (potensi) dan kelemahan serta masalah-masalah utama yang dihadapi. Dengan menggunakan teknik Matrik Perhubungan (TMP) masalah, didapati bahawa masalah terpenting yang terdapat di Tapak MAHA ialah dari segi kemerosotan alam persekitaran dan juga penyelarasan program pengurusan yang tidak effisyen. Wujudnya masalah-masalah tersebut adalah akibat daripada kelemahan pihak pengurusan bagi menentukan pihak berkuasa tempatan supaya mengambilalih kawasan terlibat dari pihak pemaju iaitu PKNS. Ini juga disebabkan oleh kelemahan dari segi koodinasi di antara jabatan-jabatan yang terlibat. Masalah ekonomi penduduk pula timbul disebabkan oleh tanggungan ketua keluarga adalah ramai dan masih kanak-kanak berbanding dengan jenis pekerjaan yang dijalankan. Berlandaskan kepada matlamat kajian untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam pembangunan perumahan LRMD lalu menuju kearah kehidupan penduduk yang lebih selesa, penganalisaan dibuat terhadap masalah-masalah tersebut. Hasilnya meliputi beberapa tindakan bagi penyelesaian masalah-masalah tersebut. Ini diikuti dengan cadangan polisi dan strategi serta perlaksanaan dari segi fizikal di kawasan kajian. Keperluan utama bagi penyelesaian masalah ialah dengan memastikan bahawa kawasan kajian diambilalih oleh pihak berkuasa tempatan seberapa segera yang mana mempunyai kuasa dalam pengawalan dan pengurusan pembangunan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah) -- Universiti Teknologi Mlaysia, 1985

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000004846 HD7287.5 M98 1985 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page