Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Pengaliran terhad ke dalam lubang telaga
Title:
Pengaliran terhad ke dalam lubang telaga
Personal Author:
Publication Information:
1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7736 ra
Abstract:
Susutan tekanan per unit kadaralir sesuatu telaga dipengaruhi oleh rintangan pengaliran dalam formasi. Rintangan ini terjadi di sekitar lubang telaga adalah akibat daripada proses penggerudian, perlengkapan telaga, pengeluaran, kerjasemula dan mungkin juga pengaliran terhad pada sela penebukan. Susutan tekanan yang disebabkan oleh rintangan pada formasi ini didefinasikan sebagai kesan kulit. Faktor kulit telah digunakan dengan meluasnya dalam industri petroleum untuk mengambil kira desan susutan tekanan zon di sekitar lubang telaga atau aliran tak unggul. Secara amnya, jumlah kesan kulit boleh diperolehi daripada ujian telaga seperti plotan Horner. Walau bagaimanapun, dalam kajian ini, jumlah kesan kulit akan dibahagikan kepada enam faktor yang utama dan dikaji secara bersendirian : a) Kerosakan formasi b) perlengkapan separa c) kesan penebukan d) aliran halaju tinggi e) padatan kerikil f) penghalang ketepuan . Satu pakej komputer telah dibentuk untuk mengira keenam-enam punca tersebut yang menyebabkan kesan kulit pada lubang telaga. Dengan memasukkan data-data reserbor, nilai kesan kulit yang disebabkan oleh setiap faktor tersebut akan dapat dikira oleh pakej komputer mengikut formula masing-masing. Walau bagaimanapun, kesan kulit yang disebabkan oleh kerosakan formasi adalah sukar untuk ditentukan memandangkan kita tidak mengetahui kedalaman zon rosak. Oleh itu, cara yang digunakan untuk menentukan nilai kulit kerosakan formasi adalah dengan kaedah pengiraan-balik daripada jumlah nilai kesan kulit utama yang bertindak pada telaga itu. Rawatan yang sesuai dan tepat dapat dilakukan kepada telaga itu untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti telaga.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum) -- Universiti Teknologi malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001363021 TN871.S33 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page