Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Permodelan telaga mendatar secara matematik
Title:
Permodelan telaga mendatar secara matematik
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM., 1991
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : MFL 7736 ra
Abstract:
Telaga mendatar yang digerudi dari permukaan boleh meningkatkan kecekapan dan ekonomi operasi perolehan minyak. Pembangunan yang cepat di dalam bidang ini telah didorong oleh teknologi penggerudian yang semakin maju di mana ini akan menghasilkan ekonomi yang menguntungkan. Walaupun demikian, faedah yang diperolehi dalam bidang kejuruteraan reserbor masih merupakan suatu ketidaktentuan. Projek ini dilakukan bertujuan untuk meninjau dan membuat ringkasan terhadap beberapa persamaan yang sesuai dan juga aturcara komputer yang bersesuaian untuk menganalisa dan mengira perlakuan aliran masuk dan indeks pengeluaran untuk telaga mendatar. Persamaan-persamaan ini juga digunakan untuk menerangkan kesan-kesan sebahagian parameter yang penting ke atas perlakuan aliran masuk dan indeks pengeluaran telaga mendatar. Parameter-parameter ini merupakan ketakisotropian reserboir, kesipian telaga, jejari lubang telaga berkesan, faktor kulit, panjang telaga mendatar, ketebalan formasi, dan kecenderungan aliran kon gas dan air ke arah telaga mendatar. Projek ini juga membuat perbandingan indeks pengeluaran di antara telaga tegak dan mendatar dengan membuat anggapan bahawa kedua-dua telaga itu mempunyai jejari penyaliran yang sama. Model-model matematik yang bersesuaian telah diperolehi daripada kajian literatur dan digabungkan ke dalam aturcara komputer dengan menggunakan bahasa Fortran 77. Aturcara komputer dari segi matematik ini akan digunakan untuk meramal perbandingan perlakuan aliran masuk bagi telaga tegak dan mendatar dengan parameter-parameter reserbor yang berlainan. Aturcara komputer ini dipercayai akan mempercepatkan pengiraan

dan akan memberi suatu ramalan yang lebih jitu. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa telaga mendatar adalah bersesuaian bagi reserbor yang nipis, reserbor yang mempunyai ketelapan tegak yang tinggi dan juga reserbor yang mempunyai masalah aliran kon gas dan air ke arah telaga. Aturcara komputer yang telah dimodelkan di dalam projek ini adalah sangat berguna dalam membuat penilaian awal bagi cadangan penggerudian mendatar.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum) -- Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001362916 TN871.25.C44 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page