Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kajian kawalan kemasukan pancaran matahari ke dalam bangunan pejabat disekitar Kuala Lumpur
Title:
Kajian kawalan kemasukan pancaran matahari ke dalam bangunan pejabat disekitar Kuala Lumpur
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1984
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 2788 ra
Abstract:
Kajian Topikal ini adalah satu percubaaan untuk meneliti masalah kemasukan pancaran matahari ke dalam bangunan. kebanyakan bangunan-bangunan pejabat di sekitar Kuala Lumpur masih menghadapi masalah ini . Untuk mengatasi kelemahan ini, satu kajian dicadangkan untuk mengumpul data-data berkaitan dengan masalah ini. Kajian yang sedemikian akan membolehkan penelitian dibuat tentang keseluruhan rekabentuk atau penilaian keatas prestasi setiap jenis alat penahan matahari yang terdapat di bangunan pejabat terpilih. Bahagian pertama menentukan masalah-masalah yang timbul akibat kemasukan pancaran matahari ke dalam bangunan. Masalah-masalah tersebut juga dibincangkan berkaitan dengan rekabentuk fenestrasi bangunan pejabat di Kuala Lumpur secara amnya. Sekop kajian dihuraikan dan mengandungi penentuan masalah kemasukan pancaran matahari, cara-cara mengatasi masalah tersebut dengan menggunakan jenis alat penahan matahari dan satu kajian ke atas bangunan-bangunan pejabat terpilih di Kuala Lumpur. Bahagian kedua adalah satu tinjauan umum mengenai peruntukan alat penahan matahari di beberapa buah bangunan pejabat terpilih di Kuala Lumpur. Hasil tinjauan ini membuktikan bahawa kebanyakan bangunan pejabat terutamanya bangunan baru telah mengenepikan masalah ini semasa merekabentuk fenestrasi bangunan. Bahagian ketiga menjelaskan faktor-faktor alam sekitar seperti jometri pergerakan matahari dan pancaran matahari yang memainkan peranan penting terhadap masalah kemasukan pancaran matahari ke dalam bangunan. Bahagian keempat menghuraikan beberapa cara untuk mengatasi maslah kemasukan pancaran matahari dengan menggunakan cara-cara semulajadi, gelas khas dan jenis alat penahan matahari. Jenis alat penahan matahari adalah dibincangkan secara dalam mengenai kesan penggunaannya. Di bahagian kelima, jenis pendektan rekabentuk atau penilaian prestasi alat penahan matahari adalah dibincangkan. Di antara pendekatan rekabentuk yang diberikan, penggunaan carta matahari serta penyilang sudut bayang dan sudut matahari Bennett dibincangkan secara mendalam dan contoh-contohnya diberi. Bahagian keenam mengkaji prestasi alat penahan matahari mengufuk, menegak dan kombinasi bagi orientasi dinding utara, timur laut, timur, tenggara, selatan, barat daya, barat dan barat laut dengan menggunakan sudut matahari Bennett. Rajah sudut matahari Bennett untuk tiap-tiap orientasi adalah diberikan untuk menunjukkan waktu kemasukan pancaran matahari ke dalam bangunan dan prestasi jenis alat penahan matahari terhadap masalah ini. Daripada hasil kajian ini, satu garis panduan asas merekabentuk atau menilai prestasi alat penahan matahari dapat digubal. Bahagian ketujuh adalah kajian kes yang dijalankan ke atas bangunan pejabat terpilih di Kuala Lumpur mengenai masalah kemasukan pancaran matahari yang dihadapi dan peruntukan alat penahan matahari masing-masing. Daripada hasil kajian ini, didapati bahawa rekabentuk fenestrasi bangunan-bangunan pejabat di sekitar Kuala Lumpur kurang memberi perhatian kepada peruntukan alat penahan matahari walaupun peruntukan ini adalah penting bagi kawasan tropikal seperti negara kita. Oleh itu, tujuan penyediaan kajian ini adalah untuk memberi satu garis panduan asas mengenai cara-cara menilai atau merekabentuk alat penahan matahari yang sesuai dan berkesan. Adalah diharapkan kajian ini dapat memberi munafaat kepada para pelajar senibina dan juga kepada arkitek yang sibuk dengan kerja-kerja seharian.
DSP_DISSERTATION:
Kajian topikal (Fakulti Alam Bina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1984

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003463 NA2542.S6 Q45 1984 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002731 NA2542.S6 Q45 1984 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000000160444 NA2542.S6 Q45 1984 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...
Searching...
30000000160451 NA2542.S6 Q45 1984 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...
Searching...
30000000160469 NA2542.S6 Q45 1984 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page