Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kajian turasan lumpur secara aliran jejari
Title:
Kajian turasan lumpur secara aliran jejari
Personal Author:
Publication Information:
Skudai : UTM, 1992
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7737ra
Abstract:
Satu peralatan makmal yang menggambarkan lubang telaga telah direkabentuk untuk mengkaji kehilangan turasan lumpur secara aliran jejari. Perbandingan dari segi kehilangan turasan telah dibuat di antara keputusan ujikaji menggunakan penyelaku lubang telaga dengan penuras tekan piawai API dan persamaan empirikal. Keputusan ujikaji menunjukkan bahawa kehilangan turasan bertambah apabila beza tekanan, berat lumpur dan masa bertambah. Keputusan ujikaji juga menunjukkan bahawa ketebalan kek lumpur bertambah dengan masa. Sampel teras yang digunakan di dalam ujikaji telah mengalami penurunan keterlapan yang teruk. Ketertelapan sampel teras selepas proses penurasan adalah kurang dari 10% daripada ketertelapan asal. Keputusan yang didapati juga menunjukkan bahawa beza tekanan yang tinggi akan merendahkan ketertelapan akhir. Namun begitu, pertambahan berat lumpur akan merendahkan pengurangan ketertelapan. Persamaan empirikal memberikan nilai kehilangan pusuan yang rendah sementara ujikaji penuras tekan piawai API pula memberikan suatu nilai negatif, hanya keputusan daripada ujikaji dengan menggunakan penyelaku lubang telaga sahaja yang memberikan nilai yang menyakinkan iaitu nilai positif. Dengan itu kaedah terbaik untuk mengkaji turasan lumpur ialah dengan menggunakan peralatan penyelaku lubang telaga.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum) - Universiti Teknologi Malaysia, 1992

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001412166 TN871.B24 1992 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page