Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Penggunaan kanji tempatan di dalam kawalan kehilangan air garam pelengkapan dan air garam kerja semula
Title:
Penggunaan kanji tempatan di dalam kawalan kehilangan air garam pelengkapan dan air garam kerja semula
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1992
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7769 ra
Abstract:
Kehilangan air garam pelengkapan dan air garam kerja semula ke dalam formasi adalah disebabkan oleh tekanan hidrostatik yang lebih tinggi berbanding dengan tekanan formasi. Untuk menghadkan penyerbuan ke dalam formasi, kelikatan air garam jernih perlu ditingkatkan lebih tinggi lagi. Selulos hidroksietil(HEC) adalah merupakan bahan yang biasa digunakan untuk meningkatkan kelikatan air garam dan juga untuk menghasilkan satu kek turas yang tipis dan berketertelapan rendah apabila ia digunakan bersama-sama dengan partikel penyambung yang terdiri daripada kalsium karbonat (CaCO). Penggunaan kedua-dua bahan kimia di atas secara tidak lansung boleh memberikan satu kawalan kehilangan bendalir yang lebih berkesan. Dalam kajian ini, kanji tenpatan (tanpa mengalami sebarang rawatan) yang terdiri daripada kanji ubikayu dan kanji jagung diuji sebagai bahan tambah kawalan kehilangan bendalir. Keputusan yang diperolehi kemudiannya dibandingkan dengan bahan tambah kehilangan bendalir lazim iaitu HEC. Ujian statik telah dilakukan ke atas sampel yang hendak diuji pada suhu 160F, 180F dan 200F di bawah satu tekanan tetap bernilai 200psi. Kanji yang diuji berada pada keadaan pragelatin (iaitu di mana kelompang luar amilopektin pecah supaya dapat menghasilkan satu kawalan kehilangan bendalir) dan juga suhu pada persekitaran yang tidak melebihi 250F supaya boleh berfungsi dengan baik. Peralatan yang digunakan dalam ujikaji ini adalah terdiri daripada penuras suhu tinggi/tekanan tinggi, yang mana tekanan dibekalkan oleh gas nitrogen. Berdasarkan kepada kod 29 API, setiap ujian ke atas sampel mengambil masa selama 30 minit. Komposisi sampel yang digunakan adalah terdiri daripada 15 % NaCl (peratus berat) + air tawar + 3.0 % CaCO, yang mana bahan tambah kanji ubikayu, kanji jagung atau HEC diguna untuk menghasilkan kelikatan bernilai 16.5cp, 42.0 cp dan 47.5 cp. Kajian ke atas sifat-sifat reologi menunjukkan kanji ubikayu dan kanji jagung berupaya menghasilkan ciri-ciri kelikatan dan takat alah yang setanding dengan HEC. Kajian kehilangan bendalir pula menunjukkan HEC menghasilkan turasa yang terbanyak dan diikuti oleh kanji jagung dan kanji ubikayu. Berdasarkan kepada keputusan awal yang telah dilaksanakan, kanji ubikayu dan kanji jagung berpotensi untuk menggantikan HEC sebagai agen kawalan kehilangan bendalir.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum) - Universiti Teknologi Malaysia, 1992

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001712037 TN871 N44 1992 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page