Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kajian kesan pembangunan industri terhadap gunatanah sekitar : kajian kes : Kawasan Perindustrian Tiga Segi Ketari, Bentung Pahang Darul Makmur
Title:
Kajian kesan pembangunan industri terhadap gunatanah sekitar : kajian kes : Kawasan Perindustrian Tiga Segi Ketari, Bentung Pahang Darul Makmur
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1993
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7908 ra
Abstract:
Pada masa kini Pahang telah memberi penekanan kepada pembangunan perindustrian di kawasan luar bandar. Kawasan perindustrian utama adalah Kawasan Perindustrian Gebeng, Semambu, Jerantut, Peramu, Bentong, Songsang dan Rompin. Pembangunan perindustrian ini telah membawa banyak perubahan kepada gunatanah sekitar dan juga perkembangan sesebuah bandar. dari teori-teori yang dipelopori oleh Burgges, Hoyt, Murphy, Haris dan Ulman telah menunjukkan banyak faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan gunatanah seperti perkembangan industri, proses perbandaran dan lain-lain faktor. Dalam konteks Malaysia contoh-contoh kawasan yang mengalami perubahan gunatanah akibat dari industri adalah seperti Pasir Gudang, Lembah Kelang dan Tampoi. Ini jelas menunjukkan bahawaperkembangan industri adalah mempunyai hubungan yang rapat dengan proses perbandaran yang akhirnya akan mengarah ke pinggir bandar. Fenomena ini turut berlaku di kawasan kajian iaitu di sekitar Kawasan Perindustrian Ketari Tiga Segi bentung. Secara ringkasnya terdapat 4 kesan utama akibat dari pembanguna industri di kawasan kajian iaitu terhadap pembangunan Bandar Bentung, struktur gunatanah, pembangunan perumahan dan rekreasi. Berdasarkan kajian didapati perubahan gunatanah adlah lebih mengarah ke bandar Bentung kerana terdapatnya kemudian perkhidmatan. Banyak kawasan-kawasan pertanian telah dijadikan kawasan perumahan, perniagaan dan pelbagai aktiviti. Jika dilihat ke[ada pembangunan perumahan adalah sangat menggalakkan yang mana mewujudkan beberapa koridor perumahan iaitu Koridor Ketari, Koridor Benus Jaya dan Koridor Bandar Bentung. Keseluruhannya terdapat dua kesan yang ketara akibat dari pembangunan perindustrian iaitu ia boleh membawa perkembangan kepada sesuatu kawasan dan jika perkembangan tersebut tidak dikawal akan menimbulkan percanggahan gunatanah. Sebagai usaha untuk mewujudkan pembangunan yang seimbang beberapa strategi dan cadangan dikemukakan. Strategi yang dicadangkan terbahagi kepada dua iaitu strategi gunatanah dan strategi perindustrian. Bagi polisi industri termasuklah menggalakkan dan memajukan perusahaan yang berasaskan bahan tempatan dan mengadakan rantaian antara industri dengan kawasan Lembah Kelang. Manakala bagi strategi gunatanah adalah berbentuk kawalan di mana 4 komponen gunatanah yang dicadangkan iaitu kawasan pertanian. Pembangunan perbandaran, kegunaan akan datang dan zon penampan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah)--Universiti Teknologi Malaysia, 1993.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000000054 HD890.6.Z8 Z24 1993 Closed Access Thesis UTM Diploma (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002088825 HD890.6.Z8 Z24 1993 raf Closed Access Thesis UTM Diploma (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page