Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Sistem maklumat geografi dalam menentukan perletakan tapak perumahan : kajian kes : kawasan operasi Majlis Bandaran Bentung
Title:
Sistem maklumat geografi dalam menentukan perletakan tapak perumahan : kajian kes : kawasan operasi Majlis Bandaran Bentung
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1993
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7909 ra
Abstract:
Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menggariskan konsen Sistem Maklumat Geografi dan keupayaan dalam menjalankan analisis ruang dan bukan ruang bagi memilih tapak perumahan. Sistem Maklumat Geografi mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam amalan masa kini dan pembaharuannya seharusnya dapat mempertingkatkan keupayaannya. Seterusnya, perbincangan tertumpu pada aspek-aspek yang berkaitan dengan kelebihan Sistem Maklumat geografi dalam menghadapi harapan dan cabaran masa depan. Sebelum ini, kaedah perancangan adalah berbentuk kajian,analisis dan pelan. Teori perancangan yang baru menyerap suatu kaedah sistem berkitar atau berterusan berdasarkan mengenal-pastian masalah-masalahsemasa, pembentukan matlamat dan objektif, pembentukan dan penilaian alternatif dan kawalan terhadap program-program yang diterima. Jelasnya, proses inimemerlukan peningkatan keupayaan perancangan dengan menggunakan sistem maklumat. Di Malaysia, perubahan dalam undang-undang perancangan menyokong pendekatkan baru tersebut. Bagaimanapun, masih tidak mempunyai sistem maklumat yang sesuai dalam membantu proses tersebut. Penggunaan Sistem Maklumat Geografi dalam peringkat kerajaan tempatan dikaji dalam penyelidikan ini dengan merujuk kepada Kawasan Operasi majlis Bandaran Bentung dalam membuat kajian kesesuaian tanah bagi mencari kawasan yang sesuai dibangunkan sebagai kawasan perumahan. Akhirnya suatu pelan yang mengandungi tapak yang sesuai bagi pembangunan perumahan dalam kawasan kajian dihasilkan. Bahagian akhir penyelidikan ini menonjolkan beberapa masalah yang timbul dalam kajian kes dan menunjukkan faktor-faktor yang perlu diambilkira jika Sistem Maklumat Geografi diamalkan. Keperluan data, masalah kesesuaian data dan kesesuaian penggunaan Sistem Maklumat Geografi juga dikemukakan. Penyelidikan ini merumuskan keperluan pembaharuan sistem bagi membenarkan penyatuan dan pencapaian yang lebih cekap dan berkesan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002088783 G70.2 Y56 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page