Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Migrasi keluar generasi kedua masyarakat FELDA dan implikasinya kepada pembangunan setempat : kajian kes : FELDA Bukit Goh, Kuantan Pahang
Title:
Migrasi keluar generasi kedua masyarakat FELDA dan implikasinya kepada pembangunan setempat : kajian kes : FELDA Bukit Goh, Kuantan Pahang
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1993
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7914 ra
Abstract:
Perlaksanaan Program Pembangunan Tanah FELDA telah dapat memberikan sumbangan ke arah memngurangkan aliran migrasi dari luar bandar ke bandar kepada migrasi luar bandar ke luar bandar. Walaubagaimanapun pembangunan yang dijalankan oleh FELDA hanya menekankan kepada generasi pertama sahaja tanpa perancangan yagn khusus kepada golongan generasi kedua. Oleh yang demikian timbullah isu migrasi keluar generasi kedua ini khususnya di kawasan kajian itiau DFELDA Bukit Goh. Hasil dari analisis didapati beberapa faktor yagn menyebabkan berlakunya migrasi keluar golongan ini di kawasan kajian. Faktor yang paling utama adalah faktor pekerjaan di sampng beberapa faktor-faktor lain sperti perkahwinan, kekurangan kemudahan yang sempurna dan juga ingin merasai hidup di kawasan yang membangun. memandangkan di kawasan kajian kekurangan peluang-peluang pekerjaan, golongan ini telah berhijrah ekeluar untuk mendapatkan pekerjaan yang mana kebanyakan daripada mereka terlibat dengan sektor perindustrian. Migrasi keluar generasi kedua ini lebih banyak meninggalkan kesan-kesan yang negatif kepada kawasan kejian berbanding dengan kesan-kesan yang positif. Diantara kesan-kesan tersebut termasuklah kekurangan tenaga kerja muda, meninggalkan nisbah tanggungan di kawasan kajian dan sebagainya.bagi mengekalkan fungsi FELDA untuk membangunkan pendudk di kawasan luar bandar, migrasi keluar generasi kedua di kawasan kajian ini perlu dikurangkan. Memandangkan faktor kekurangan peluang perkerjaan merupakan faktor utama menyebabkan berlakunya migrasi, oleh itu dalam memneruskan pembangunan FELDA di masa hadapan adalah dicadangkan agar penekannya ditumpukan kepada penwujudan peluang-peluang pekerjaan di kawasan kajian terutamanya disektor perindustrian. Ini adalah kerana kebanyakan daripada golongan generasi kedua lebih cenderung untuk bekerja di sektor perindustrian berbanding dengan sektor pertanian. Konsep yang paling sesuai digunakan adalah mewujudkan industri ang berasaskan aktiviti-aktiviti hiliran yang berasaskan kepada sumber yang ada di kawasan kajian iaitu kelapa sawit. Disamping pewujudan industri hiliran ini, perlu juga diadakan program-program latihan kemabhiran yang sesuai bagi menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran untuk berkerja di sektor industri dan juga kemudahan-kemudahan sokongan untuk menyokong pengurangan migrasi keluar generasi kedua di kawasan kajian.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah)--Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000000055 HB1955 J53 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002088635 HB1955 J53 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page