Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Sistem perancangan pengagihan barangan petroleum
Title:
Sistem perancangan pengagihan barangan petroleum
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1993
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8207 ra
Abstract:
Pengagihan barangan petroleum dari kilang penapisan minyak kepada pelanggan melibatkan penilaian kompleks mengenai ekonomi terbaik, termasuk perjanjian pertukaran dengan pesaing. Satu model pengaturcaraan linear (PL) telah dilaksanakan bagi sistem pengagihan untuk menyediakan keuntungan optimal dan aras pertukaran optimal bagi barangan petroleum. Kajian berhubung dengan sistem penerangan pengagihan barangan petroleum ini dilaksanakan di Petronas Dagangan Sdn. Bhd. (PDSB) yang sudah dikenali sebagai salah sebuah syarikat minyak terbesar di negara kita. Model PL bagi mengadakan satu sistem rangkakerja untuk perancangan, keputusan polisi dan penilaian pencapaian bagi barangan petroleum yang diedarkan. Model PL ini mengkaji pengedaran barangan barangan petroleum dalam satu jangkamasa pengedaran. Penyelesaian akhir yang diperolehi daripada model PL akan menunjukkan jumlah keuntungan keseluruhan PDSB dalam pengedaran bagi empat barangan petroleum serta pencapaian keuntungan bagi setiap kawasan edaran. Semua tafsiran jangkaan keuntungan dan lain-lain maklumat berkenaan yang akan diperolehi adalah berkaiatan untuk tiga bulan pertama tahun1993, iaitu Januari hingga Mac. Keputusan yang diperolehi adalah berdasarkan kepada analisa berasaskan keadaan semasa bagi sitem perancangan pengagihan barangan petroleum PDSB.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Sains Komputer) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002525826 HD9574.M32 M29 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page