Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Radio wave propagation studies through tropical vegetation in Malaysia at lower band of VHF
Title:
Radio wave propagation studies through tropical vegetation in Malaysia at lower band of VHF
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia, 1993
Physical Description:
xviii, 173 p. : ill. : 30 cm.
General Note:
Supervisor : Prof. Madya Dr. Tharek Abd. Rahman

Loan in microfilm form only : MFL 8126 ra
Abstract:
Sistem perhubungan radio yang beroperasi di kawsan tumbuhan yang tebal mengalami rosotan yang tinggi yang menyebabkan kurangnya keberkesanan sistem perhubungan tersbut. Masalah ini menjadi penting di Malaysia kerana 47 % kawasandi negara ini masih lagi diliputi oleh tumbuhan yang tebal. Akan tetapi, penyelidikan perambatan gelombang radio di Malaysia masih belum lagi dijalankan. Penyelidikan yang dijalankan di kawasan tropika adalah di Thailand, New Guinea, India dan kebanyakkan penyelidikan tersebut telah dijalankan di kawasan Amerika Syarikat. Sungguhpun penyelidikan dan data-data yang didapati daripada kajian-kajian yang telah dijalankan adalah berguna, tetapi data-data berhubung dengan faktor rosotan adalah berbeza dan tidak boleh digunakan di Malaysia. Tesis ini membincangkan kajian perambatan gelombang radio di dalam tiga jenis kawasan tumbuhan di Malaysia. jenis-jenis kawasan tumbuhan yang dipilih adalah hutan belukar, sawit dan getah. daripada penyelidikan ini, kehilangan laluan radio dan kehlangan tumbuhan ditentukan dan faktor-faktor ini dikaji berbanding dengan jarak, frekuensi, pengutuban dan ketinggian antenna. Analisa juga telah dibuat terhadap perbezaan kehilangan tumbuhan di antara jenis-jenis tumbuhan tersebut. Beberapa model perambatan telah dicadangkan oleh beberapa penyelidik untuk meramalkan kehilangan radio yang berlaku di dalam kawasan tumbuhan. Dalam kajian ini, analisa telah dibuat denga memperbandingkan model perambatan yang sedia ada dengan pengukuran kehilangan laluan radio. Di samping itu, analisa regression talah dibuat dan model regression telah dicadangkaan untuk meramalkan kehilangan laluan radio didalam kawasan tumbuhan. Berpandukan daripada model regrassion yang dicadangkan, komputer program telah dibuat untuk meramalkanjarak perhubungan bagi sistem perhubungan radio. Radio set jenis AN PRC-77 digunakan sebagai pemancar. pada titik penerima field strength meter telah digunakan. penerima tersebut adalah model Anristsu jenis ML 524B. Aerial pemancar adalah pada ketinggian 1m pada paras tanah dan aserial penerima adalah pada ketinggian 1.5 m dan 4m pada paras tanah. Kedua-dua pengutuban mendatar dan menegak digunakan. Jarak antara pemancar dan penerima adalah daripada 10 m sehingga 1000 m dan frekuensi yang digunakan adalah pada julat rendah VHF
Added Author:
Added Corporate Author:
DSP_DISSERTATION:
Thesis (Sarjana Kejuruteraan (Elektrik)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002428021 TK6553 Z24 1993 raf Closed Access Thesis UTM Master Thesis (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page