Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kajian sistem kerangka lantai rumah tradisi Melayu Bugis di Johor : satu kajian kes ke atas tiga buah rumah adat Bugis Johor
Title:
Kajian sistem kerangka lantai rumah tradisi Melayu Bugis di Johor : satu kajian kes ke atas tiga buah rumah adat Bugis Johor
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1989
Abstract:
Keunikan sistem pembinaan kerangka rumah tradisi, menarik perhatian pengkaji untuk lebih mendalami maksud-maksud yang tersirat dalam mendalami ilmu senibina. Rumah Melayu Tradisi juga mempunyai ciri-ciri yang menarik dari segi perancangan, penyusunan ruang dan sebagainya sudah mula dilupakan oleh bangsa Melayu itu sendiri. Sistem kerangka lantai telah dipilih sebagai bahan kajian kerana ia adalah jalan permulaan dalam mengkaji kekuatan dan ukuran bahagian kerangka rumah tradisi. Adalah amat merugikan, teknik sistem pembinaan yang telah dibentuk dan diwujudkan semenjak sekian lama telah tidak dipraktiskan lagi dan dilupakan begitu sahaja. Oleh itu kajian ini adalah bertujuan untuk menyelongkar sedapat mungkin segala yang tersembunyi disebalik sistem kerangka tradisi yang dimaksudkan. Rumah tradisi telah terbukti kukuh hingga berpuluh-puluh tahun dari ancaman bencana alam, binatang dan cuaca sudah kian kurang mendapat perhatian dan dilupakan, oleh itu kesedaran perlu dipupuk untuk generasi kini dan akan datang, akan kayanya nilai budaya dan teknologi rumpun bangsa kita pada suatu masa dahulu. Masyarakat terdahulu sudah pun mempunyai teknologi yang boleh dibanggakan akan tetapi sayangnya perpindahan teknologi ini dari era dahulu hingga sekarang tidak dapat dilihat dan mati begitu sahaja. Adalah diharapkan kajian ini serba sedikit dapat memberi kesedaran tentang warisan ilmu teknologi bangunan yang telah dilupakan. Keunikan sistem pembinaan rumah tradisi telah membuktikan keupayaan pemikiran yang begitu tinggi oleh tukang yang membuatnya. Selain sebagai pelindung, setiap elemen rumah tradisi mempunyai falsafah yang tersendiri dalam kehiduoan tradisi orang Melayu. Setakat ini kajian mengenai kekuatan dan kadar ukuran yang menstabilkan rumah Melayu tradisi kita belum lagi dibuat. Oleh itu kajian ini dirasakan perlu dibuat memandangkan dokumentasi ini tidak diberi perhatian terperinci demi mengkaji kembali senibina agong yang semakin pupus dari ingatan sebagai tatapan dan inspirasi generasi masa kini.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Senibina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1989

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000003859 NA7437.M34 T34 1989 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page