Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Peranan guru dalam melaksanakan perubahan kurikulum teknologi binaan bangunan sekolah menengah vokasional di Malaysia
Title:
Peranan guru dalam melaksanakan perubahan kurikulum teknologi binaan bangunan sekolah menengah vokasional di Malaysia
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1993
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8048 ra
Abstract:
perubahan dalam sistem pendidikan adalah suatu yang perlu bagi mencapai matlamat pendidikan itu sendiri. Selain untuk tujuan membina perpaduan rakyat, perubahan dalam sistem pendidikan adalah juga untuk menyesuaikan dengan perubahan teknologi dan juga untuk memenuhi kehendak semasa. Perubahan dalam sistem pendidikan vokasional telah dilaksanakan pada 1987 di mana Sistem Baru Pendidikan Vokasional diperkenalkan. Perubahan ini meliputi juga perubahan dalam sukatan pelajarn di sekolah menengah vokasional. Sukatan pelajaranTeknologi Binaan Bangunan yang merupakan salah satu daripada isi kurikulumpendidikan vokasional juga telah mengalami perubahan. Perubahan lazimnya dianggap menyusahkan kerana guru harus membuat penyesuaian dan perubahan. Projek ini dijalankan dengan menggunakan 148 sampel yang terdiri daripada guru yang mengajar di 24 buah sekolah menengah vokasional. Tujuan projek ini adalah untuk mengenal pasti peranan, masalah dan implikasi masalah ini terhadap tugas guru di sekolah vokasional. Segala maklumat terhadap aspek yang dikaji diperolehi melalui soal-selidik yang diedarkan kepada guru yang mengajar mata pelajaran Teknologi Binaan Bangunan. Hasil penganalisisan terhadapdata menunjukkan bahawa guru mempunyai tanggapan positif terhadap aspek-aspek yang dikaji. Ini memberi gambaran bahawa guru telah menjalankan tugas dan peranan mereka sebagai pendidik dengan sebaik mungkin. Namun begitu masih wujud permasalahan dikalangan guru dalam melaksanakan tugas dan peranan mereka sebagai pendidik di sekolah. Lanjutan dari itu, pengkaji mencadangkan dua kajian lanjutan. Kajian mengenal kefahaman tentang kurikulum perlu dilakukan dikalangan guru yang mengajar di sekolah menengah vokasional khasnya terhadap guru yang mengajar kursus Binaan Bangunan. Ini penting untuk menentukan sama ada guru faham akan falsafah dan matlamat Pendidikan Negara. kedua, kajian mengenai peranan guru. Mengkaji bagaimana seorang guru yang telah memainkan peranannya dengan sebaik mungkin, mengajar dan mendidik pelajarnya sehingga telah berjaya mencapai kelulusan yang tinggi di kalangan pelajarnya.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002360729 LC1048.C87G52 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page