Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Perbandingan antara sukatan mata pelajaran lukisan geometri dan bangunan dengan lukisan kejuruteraan tingkatan 4&5 : satu tinjauan
Title:
Perbandingan antara sukatan mata pelajaran lukisan geometri dan bangunan dengan lukisan kejuruteraan tingkatan 4&5 : satu tinjauan
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1993
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8049 ra
Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara sukatan mata pelajaran Lukisan Geometri dan Bangunan (LGDB) dengan sukatan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan (LK) dari segi objektif, penekanan, isi kandungan, kaedah pengajaran dan bentuk peperiksaan. Maklumat-maklumat yang menjadi bahan kajian diperolehi dari sukatan mata pelajaran LDDB dalam KurikulumLama Sekolah Menengah (KLSM) dan sukatan mata pelajaran LK dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Perbandingan dari segi kaedah pengajaran diperolehi dengan cara temubual dengan dua orang guru yang terlibat dengan pengajaran mata pelajaran tersebut. perbandingan ini dilihat pada peringkat sekolah menengah iaitu Tingkatan 4 dan 5. hasil kajian didapati bahawa terdapat beberapa aspek persamaan dan perbezaan. Objektif sukatan LGDB adalah untuk melahirkan insan yang mahir dan boleh menguasai bidang lukisan sahaja iaitu mempunyai intelek yang tinggi. Objektif sukatan LK pula ialah untuk melahirkan insan yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang lukisan dan juga mempunyai keseimbangan dari segi rohani, jasmani dan emosimelalui penerapan nilai-nilai murni. Sukatan LGDB menekan kepada pengetahuan dan kemahiran asas dalam lukisan geometri dan lukisan bangunan. Sukatan LK pula menekankan kepada lukisan geometri dan lukisan yang digunakan dalamsemua bidang kejuruteraan. Isi kandungan sukatan LGDB diolah mengikut 3 bahagian iaitu Geometri Satah, Geometri Bungkah dan Lukisan Bangunan. SukatanLK pula, isi kandungannya diolah mengikut lukisan yang boleh digunakan dalamsemua bidang kejuruteraan. Perbezaan dalam bentuk peperiksaan antara kedua sukatan, seperti peruntukan masa, jumlah soalan, bentuk soalan dan saiz kertas jawapan yang digunakan. Kaedah pengajaran dalam sukatan LK berdasarkan pendekatan melalui keadaan sebenar dan bermakna serta penerapan nilai-nilai murini. Ciri-ciri ini tidak terdapat dalam kaedah pengajaran dalam sukatan LGDB.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejururteraan Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000000247324 QA464.Z34 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page