Title:
Keperluan dan agihan ruang lantai runcit di Seberang Perai Tengah. Penggunaan model membeli belah
Personal Author:
Abstract:
Kepesatan pembagunan perbandaran, ketiaan garispanduan perancangan dan perancangan yang berbentuk 'ad hoo' telah memberikan kesan negatif kepada aktiviti runcit di dalam kawasan perbandaran. Masalah yang sering dihadapi oleh aktiviti ini adalah perancangan perletakannya yang tidak mempertimbangkan analisa pasaran, kesesuaian fizikal tapak dan persaingan dengan pusat-pusat membeli belah yang berhampiran. Penumpuan pembangunan aktiviti ini di kawasan pusat bandar telah mewujudkan masalah kesesakan lalulintas, persekitaran membeli belah yang tidak selesa dan ketidakseimbangan agihan ruang lantai runcit. Kerumitan untuk menganalisa aktiviti ini boleh diatasi dengan menggunakan model matematika. Kajian ilmiah ini telah menggunakan Model Membeli Belah sebagai kaedah penganalisaan aktiviti runcit di Seberang Perai Tengah. Rumusan model yang digunakan adalah seperti berikut: Dimana, Sij = aliran perbelanjaan barangan n di antara zon penduduk i ke pusat membeli belah j; ei = perbelanjaan purata isirumah di kategori berpendapatan a; Wj = tarikan pusat j terhadap barangan n; Cij = masa perjalanan untuk mendapatkan barangan n; n = parameter tarikan pusat membeli belah terhadap barangan n; n = parameter masa perjalanan untuk mendapatkan barangan n. Hasil penganalisaan daripada Model Membeli Belah terhadap aktiviti runcit di kawasan kajian telah menunjukkan para peniaga runcit mengalami bidangan ekonomi yang tinggi, terutamanya di pusat-pusat membeli belah yang utama. Fenomena ini menunjukkan kawasan kajian berpotensi untuk menampung pembangunan runcit yang tinggi pada masa hadapan. Sebanyak 4.9 juta kaki persegi ruang lantai runcit yang diunjurkan di kawasan kajian menjelang tahun 2000. Di dalam membentuk satu geografi runcit yang bersistematik, ruang lantai runcit diagihkan berdasarkan kepada hiraki yang telah dicadangkan, corak pembangunan semasa dan darjah ekessibiliti tapak. Walaupun penggunaan model ini memerlukan kos operasi yang tinggi, jangkamasa penyelidikan yang lama tetapi ianya merupakan satu kaedah yang berkesan untuk menganalisa dan mengawal aktiviti ini masa hadapan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1985
Available:*
Library | Item Barcode | Call Number | Material Type | Item Category 1 | Status |
---|---|---|---|---|---|
Searching... | FAB30000003426 | HF5429.6. M3 I85 1985 | Closed Access Thesis | UTM Project Paper (Closed Access) | Searching... |
Searching... | PRZS3000002601 | HF5429.6.M3 I85 1985 raf | Closed Access Thesis | UTM Project Paper (Closed Access) | Searching... |
Searching... | 30000002437048 | HF5429.6.M3 I85 1985 raf | Reference Book | UTM Project Paper (Open Shelves) | Searching... |