Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Aspek-aspek perancangan di dalam kawalan ke atas pembangunan hartanah : teori dan praktis. (Kes rujukan : Pelan Struktur Johor Bahru dan Bahagian Perancangan dan Kawalan Pembangunan MPJB)
Title:
Aspek-aspek perancangan di dalam kawalan ke atas pembangunan hartanah : teori dan praktis. (Kes rujukan : Pelan Struktur Johor Bahru dan Bahagian Perancangan dan Kawalan Pembangunan MPJB)
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1986
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja
Abstract:
Sejak 3 dekad yang lalu perancangan di Malaysia telah mengalami perubahan-perubahan yang dramatik terutamanya di dlam pembangunan ekonomi negara ini. Pembangunan di dalam sektor hartanah merupakan aktiviti yang paling aktif yang mengakibatkan ketidakupayaan kerajaan untuk menyediakan kawalan yang mencukupi dan berkesan dengan menggunakan satu pendekatan yang baik (Yang berkait secara langsung dengan perancangan dan kawalan pembangunan); Apa yang lebih penting adalah pendekatan yang digunakan untuk menyelaraskan dan mengawal pembangunan secara teratur untuk mencapai 'Pembangunan Terancang'. Ini telah menjadi kenyataan dengan pewartaan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172, yang bertujuan untuk menyediakan perundagan di dalam mengawal pembangunan terutamanya di dalam sektor hartanah. Akta 172 mewakili usaha kerajaan yang terbaik di dalam menyediak perundangan yang komprehensif dan seragam berkaitan dengan perancangan bandar dan desa. Perundangan perancangan yang lama yang boleh didapati di dalam berbagai-bagai Enakmen Lembaga Bandaran dan Undang-undang Kecil Bangunan untuk mengawal pembangunan didapati tidak mencukupi dan tidak berkesan untuk menyediakan penyelesaian kepada pembangunan pesat hari ini. Akta baru ini menyediakan prosedur yang teratur untuk mengawaldan mengatur setiap langkah yang diambil oleh pihak berkuasa perancangan dari peringkat penyediaan pelan ke pewartaan, perlaksanaan, mengariskan prosedur yang terperinci bagi kawalan perancangan dan mempertimbangkan hak dan pandangan awam. Kekuatan Akta ini terletak pada keupayaannya untuk mengalakkan polisi-polisi nasional, wilayah dan negeri dan membolehkan polisi-polisi ini dipindahkan ke atas ruang fizikal di peringkat tempatan. Ini adalah kerana akta ini memperuntukkan penyediaan Pelan Pembangunan (Pelan Struktur menyediakan rangka kerja bagi polisi untuk kawalan pembangunan dan disokong oleh Pelan Tempatan yang lebih terperinci). Kerajaan Negeri mestilah mempertimbangkan peruntukkan sebarang Pelan Tempatan yang telah dipakai secara rasmi di dlam menjalankan kuasa perancangan. Semua permohonan untuk kelulusan perancangan mesti dipertimbangkan berdasarkan keutamaan-keutamaan mereka dengan merujuk kepada Pelan Pembangunan dan lain-lain pertimbangan. Dissertasi ini cuba untuk mengemukakan beberapa polisi Pelan Struktur yang menyediakan rangka kerja bagi kawalan pembangunan. Keadaan-keadaan kawalan yang dikemukakan di dalam dissertasi ini hanyalah merupakan pendapat dan pandangan penulis sendiri. Ia terpulanglah kepada pembaca untuk menerimanya. Evolusi sistem kerajaan kita agak komplek dan rumit di mana telah melahirkan birokrasi yang sama komplek dengan sistem itu sendiri. Oleh itu, di dalam sistem birokrasi inilah aktiviti-aktiviti pembangunan hartanah beroperasi. Sistem kerajaan kita mengandungi tiga struktur utama iaitu di Peringkat Persekutuan, Negeri dan Tempatan. Oleh itu, di dalam sistem ini semua cadangan pembangunan mesti memasuki sebelum pelaksanaan. Adalah menjadi objektif dissertasi ini untuk mengkaji peranan yang dimainkan oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan di dalam mengawal pembangunan hartanah dengan mengambil bahagian Perancangan dan Kawalan Pembangunan MPJB sebagai kes rujukan. Bidang kuasa kawalan akan dikemukakan dan dikaji, masalah-masalah akan di kenal pasti cadangan-cadangan akan dikemukakan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang wujud.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1986

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000006951 HD1390 M33 1986 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page