Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kajian tentang penilaian pembaziran tenaga dalam satu ruang pejabat berhawa dingin (Khususnya ke atas keselesaan dan ubahsuaian)
Title:
Kajian tentang penilaian pembaziran tenaga dalam satu ruang pejabat berhawa dingin (Khususnya ke atas keselesaan dan ubahsuaian)
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1986
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 1766 ra
Abstract:
Dengan meningkatnya harga minyak dan keperluan dunia semasa untuk tenaga, penekanan perlu diberi terhadap penggunaan tenaga dalam bangunan bagi menentukan langkah-langkah-langkah ke arah penjimatan tenaga. Dan salah satu sektor yang banyak menggunakan tenaga ialah bangunan pejabat yang berhawa dingin. Kebanyakan bangunan pejabat memerlukan hawa dingin bagi mengujudkan satu keadaan yang selesa bagi para penggunanya. Walau bagaimanapun kesedaran perlu ujud antara para pengguna agar langkah-langkah boleh diambil bagi menentukan pembaziran tenaga terkawal. Sebagai lanjutan daripada keadaan ini kajian ini dijalankan untuk menilai pembaziran tenaga dalam satu ruang pejabat berhawa dingin. Kajian ini dibahagi kepada lima bahagian Bab I membincangkan tentang latarbelakang kajian yang merangkumi aspek-aspek pengenalan masalah iaitu ke arah penjimatan tenaga dalam bangunan, penggunaan tenaga secara am dan penglibatannya dalam sektor awam. Penilaian pembaziran dalam ruang-ruang pejabat dijangka menghasilkan satu rumusan berpunca dari objektif-objektif yang ingin dicapai dari kajian dan skop. Bab II membincangkan faktor tumpuan kajian. Faktor-=faktor persekitaran yang terlibat dalam penggunaan tenaga dalam ruang pejabat yang membawa kepada pembaziran, dibincang dari aspek teori asas. Bab III sebagai usaha untuk meneliti dan menilai, satu kajian kes diambil iaitu ruang Pejabat Fakulti Alambina. Methodologi kajian dijalankan dengan cara pemerhatian fizikal, penganalisaan pelan dan temuramah di kalangan para pengguna. Bab IV merupakan penganalisaan kajian yang didapati dengan membuat pemerhatian fizikal ke atas kriteria-kriteria rekabentuk ke arah penjimatan tenaga iaitu 'envelope' ruang, penyaman udara dan pencahayaan. Bab V adalah merupakan rumusan dan cadangan yang dibuat dari keputusan penganalisaan. Ianya lebih merupakan penelitian terhadap langkah-langkah yang perlu diambil bagi penjimatan tenaga.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Senibina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1986

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003473 NA2542.3 N67 1986 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003670 NA2542.3 N67 1986 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page