Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Penjajar dan penyelaras garisan dan poli garisan
Title:
Penjajar dan penyelaras garisan dan poli garisan
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7798 ra
Abstract:
Sistem "Penjajar Dan Penyelaras Garisan & Poli Garisan" ini dibangunkan dengan tujuan untuk membantu jurutera-jurutera, pelukis-pelukis serta pihak pengurusan yang terlibat dengan suatu lukisan mesin atau mesin itu sendiri. Sebelum suatu lukisan atau imej itu boleh dibetulkan menggunakan sistem ini, ianya perlulah ditukar kepada imej vektor dan berformat, DXF. Untuk menukarkansuatu lukisan atau imej raster kepada imej vektor, pengguna perlu menggunakan perisian atau aplikasi yang boleh melakukan pertukaran tersebut. RV-Master 2.0 telah digunakan untuk menukarkan imej raster kepada imej vektor (format DXF) dalam membangunkan sistem ini. Antaramuka penggunanya dibangunkan menggunakan Windows 3.0 dan sekaligus ini bermaksud ianya adlah ramah-pengguna. pengguna hanya perlu memasukkan nama fail DXF yang hendak dibetulkan dan nama fail hasil (juga dalam format DXF) yang diperlukan sebagai output, toleransi-toleransi kawalan prosesan iaitu panjang minima garisan yang dianggap sah, jarak maksima titik dua garisan mesti disambung, sudut maksima terhadap suatu garisan itu mesti dijajarkan kepada paksi X dan Y. kemudian pemprosesan akan dilakukan dan pengguna akan mendapat outputnya sebagai fail. DXF baru yang telah dibetulkan. Berpandukan toleransi kawalan yang diberikan, proses-proses yang dilakukan dalam aplikasi ini berupaya mengesan garisan yang tak sah dan tidak memasukkannya sebagai imej dalam fail, DXF hasil, menyambung semula garisan yang terputus, dapat menentukan suatu poli garisan itu sepatutnya tertutup atau tidak, serta dapat menjajarkan sebarang garisan atau poli garisan terhadap paksi X atau Y jika perlu. Imej di dalam fail DXF baru ini nanti boleh diuji dengan menggunakan sebarang aplikasi CAD yang boleh membaca atau mengimport fail, DXF. Aplikasi CAD yang telah digunakan untuk menguji fail. DXF baru dalam membangunkan sistem ini ialah DrafixCAD dan Fast CAD.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Sains Komputer) - Universiti Teknologi Malaysia, 1992

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001951932 T385 A96 1992 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page