Title:
Penggunaan media audio-visual di kalangan tenaga pengajar Maktab Rendah Sains MARA
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1991
Physical Description:
viii, 149 p. : ill. : 30 cm.
General Note:
Supervisor : Prof. Madya Dr. Kamal Basha
Peminjaman dalam bentuk mikrofelim sahaja : MFL 7262 ra
Abstract:
Tujuan kajian dijalankan adalah untuk menyelidik tahap penggunaan media audio-visual di kalangan kakitangan akademik Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan kaitannya dengan ciri-ciri pembolehubah berikut: jantina, pengalaman bekerja, pengkhususan matapelajaran, kelulusan akademik tertinggi, institusi kelulusan akademik, kelulusan iktisas dan institusi kelulusan iktisas. Soalselidik yang disediakan telah dihantar kepada semua guru di sembilan buah MRSM. Dari jumlah 327 soalselidik yang diterima kembali, hanya 261 kes boleh digunakan untuk dianalisis data. Tahap penggunaan media setiap kumpulan atau kumpulan kecil pembolehubah ditentukan melalui perbandingan peratus kekerapan penggunaan dan perbandingan nilai min berasaskan indexs min. Analisis data menunjukkan media bentuk lama digunakan lebih kerap daripada media bentuk baru. Pola ini tetap ditunjukkan walaupun dengan andaian segala masalah kewujudan, kecukupan dan kesesuaian media dapat diatasi. Ujian khi-kuasa dua menunjukkan terdapat hubungan dalam penggunaan sesetengah media dengan beberapa ciri latarbelakang responden. Secara keseluruhan, kajian mendapati penggunaan media masih di tahap tidak memuaskan terutamanya media inovatif. Beberapa saranan telah dibuat untuk pihak-pihak tertentu berkenaan dengan urusan media di MRSM
Added Author:
Added Corporate Author:
DSP_DISSERTATION:
Thesis (Sarjana Sains (Teknologi Pendidikan)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1991
Available:*
Library | Item Barcode | Call Number | Material Type | Item Category 1 | Status |
---|---|---|---|---|---|
Searching... | 30000000484711 | LB1043.2.M3 M62 1991 raf | Closed Access Thesis | UTM Master Thesis (Closed Access) | Searching... |
Searching... | 30000002654840 | LB1043.2.M3 M62 1991 raf | Reference Book | UTM Master Thesis (Open Shelves) | Searching... |