Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Asas pencaman pertuturan didalam Bahasa Malaysia
Title:
Asas pencaman pertuturan didalam Bahasa Malaysia
Personal Author:
Publication Information:
1992
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7804 ra
Abstract:
Selaras dengan matlamat kerajaan malaysia untuk melaksanakan penggunaan bahasa Malaysia di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi, satu penyelidikan telah dijalankan keatas pencaman perkataan-perkataan bahasa Malaysia yang diucapkan. Penyelidikan ini bertujuan untuk membangunkan satu sistem berkomputer yang mana mencam secara objektif sebutan-sebutan didalam bahasa Malaysia. Perkataan-perkataan yang diucapkan dalam bahasa Malaysia terlebih dahulu disampel dan dipecahkan kepada fonem-fonem. Fonem-fonem yang bersuara dan yang tidak bersuara disimpan menggunakan parameter-parameter yang berlainan. Purata lintasan sifar dan purata magnitud bagi isyarat masukan digunakan untuk menjana rujukan bagi fonem tak bersuara. Sementara isyarat yang dinormalkan dalam sesuatu kalaan bersama tempoh kalaannya disimpan sebagai parameter rujukan fonem bersuara. Dalam ragam pencaman, kaedah Penjajaran Masa Dinamik (Dynamic Time Warping) digunakan untuk membandingkan rujukan fonem bersuara kepada isyarat masukan bersuara. Pencaman dilakukan dengan caramembandingkan bentuk gelombang berkala dalam isyarat bersuara. Pencaman keatas isyarat tak bersuara dilaksanakan dengan pengiraan, lintasan sifar dan magnitud purata. satu pengkalan data perkataan-perkataan Bahasa malaysia digunakan untuk membandingkan perkataan yang ddicam kepada kesemua perkataan yang ada. Keputusan untuk menentukan samada sesuatu perkataan yang diucapkan adalah bahasa Malaysia atau tidak dibuat dengan perbandingan setiap fonem dari perkataan yang diucapkan kepada perkataan yang tersimpan dalam pengkalan data. Kajian ini melibatkan penggunaan perkakasan seperti komputer peribadi, kad perolehan data,penuras isyarat serta perisian yang ditulis dalam bahasa C.Sistem penceman yang dibina telah berjaya digunakan keatas penutur tunggal dan berupaya mencam sebutan dalam bahasa Malaysia dengan ketepatan yang tinggi.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik) - Universiti Teknologi Malaysia, 1992

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001945629 TK7895.S65 S32 1992 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page