Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Pengurusan tenaga : kes kajian di Kompleks Pusat Islam
Title:
Pengurusan tenaga : kes kajian di Kompleks Pusat Islam
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7450 ra
Abstract:
Pertambahan di dalam kos elektrik bangunan, menyukarkan lagi hasrat pihak pengurusan yang senantiasa berusaha untuk memaksimumkan pulangan yang diterima daripada perlaburan tersebut. Memandangkan betapa seriusnya perkara ini, maka Pengurusan Tenaga mula diperkenalkan dibangunan-bangunan memandangkan perlaksanaannya berjaya mengurangkan penggunaan tenaga elektrik bangunan, melalui pengalaman-pengalaman yang lepas. Oleh yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenali prinsip-prinsip yang terkandung di dalam pengurusan Tenaga di samping melihat pemakaiannya didalam praktis.Bagi tujuan tersebut Kompleks Pusat Islam telah dipilih sebagai kes kajian dan kajian dilakukan bagi mengetahui sejauh mana berkesannya usaha ini di dalam mencapai objektifnya mengurangkan penggunaan tenaga elektrik tanpa menjejaskan kedudukan keselesaan para penghuni bangunan. Telah dikenalpasti bahawa beberapa kaedah telah digunakandalam usaha untuk menjalankan Pengurusan Tenaga ini seperti penyusunan semula program penyeggaraan bagi sistem penghawa dingin bangunan, pengawalan penggunaan aeseluruhan tenaga elektrik bangunan dan pengoditan tenaga. Ternyata sekali bahawa, usaha-usaha yang dilakukan telah membuktikan purata pengurangan tenaga elektrik tahunan sebanyak 23.1%, manakala satu soal-selidik yang dijalankan dengan penghuni bangunan itu menunjukkan bahawa program yang dijalankan itu tidak mengesani kedudukan keselesaan mereka. Maka ini membuktikan bahawa Pengurusan Tenaga yangdijalankan itu telah mencapai kedua-dua objektifnya. Dengan demikian, penulis juga telah mencadangkan beberapakaedah yang boleh digunakan untuk menambahkan lagi tahap penjimatan tenaga elektrik di bangunan itu seterusnya.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda))-Universiti Teknologi Malaysia, 1991.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000000226260 HD1394 S93 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page