Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kawalan perancangan : satu kajian kes ke atas peranan Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Perak
Title:
Kawalan perancangan : satu kajian kes ke atas peranan Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Perak
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1979
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 2856 ra
Abstract:
Sistem Kawasan Perancangan adalah jentera paling utama yang memandu pemaju-pemaju menuju kepada keputusan-keputusan dan cadangan perancangan. Kawalan adalah tanggungjawab asas bagi jabatan perancang negeri, selain dari penyediaan pelan-pelan pembangunan. Oleh kerana kawasan dikecualikan bagi pemaju-pemaju awam, maka kawalan perancangan di Negeri Perak lebih mengendalikan cadangan-cadangan pemaju dari pihak persendirian dan swasta. Masalah dan kelemahan sistem kawalan Negeri Perak adalah lebih bercorak pentadbiran; iaitu dari segi organisasi dan aturcara kawasan, kurang penguatkuasaan keatas pemajuan yang tidak sah dan pemajuan yang bertentangan dengan kebenaran perancangan. Terdapat dua faktor utama yang menghalang ujudnya satu sistem kawalan yang berkesan dan efisyen. Pertama kurangnya polisi peringkat negeri dan tempatan. Kedua, tidak adanya pelan pembangunan yang sah (diterima ramai melalui warta). lain-lain alasan termasuklah kekurangan interaksi yang lebih positif diantara jabatan kerajaan dan ujudnya tingkat pengkhususan kerja yang rendah. Tanggungjawab dan bidang keupayaan pegawai perancang sebagai penasihat adalah satu lagi faktor yang telah mengurangkan tingkat usaha ahli perancang untuk berkhidmat dengan lebih positif dan membina. Nasihat perancangan hanya diberikan apabila diminta dan diperlukan. Dengan berkuatkuasanya Akta Perancang Bandar Desa, 1976 di Negeri Perak, perancangan akan menjadi satu proses membuat keputusan, iaitu melalui penyediaan pelan-pelan dan polisi. Kawalan hanya akan menentukan perlaksanaan dan pencapaian polisi dan pelan-pelan tersebut. Berikutan dari ini had-had dan sempadan kuasa serta tanggungjawab antara politik dan perancang perlu dijelaskan, sama ada didalam perancangan atau kawalan. Peruntukan akta diatas juga jelas menunjukkan keperluan lebih banyak pegawai perancangan, untuk menjalankan kajian-kajian, unjuran, menyedia polisi, pelan dan kawalan, pada peringkat kerajaan tempatan. Sistem kawalan akan lebih berpengaruh dan berupaya bergerak dengan lebih berkesan sekiranya organisasi perancangan disusun semula; dengan kuasa delegasi yang lebih kepada pegawai bagi tugas kawalan sehari-hari. Langkah-langkah yang lain termasuklah pengkhususan kerja, pengkelasan jenis-jenis permohonan dan kuasa kawalan keatas pemajuan-pemajuan awam. Sekim penglibatan awam juga memerlukan peruntukan dan aturcara penglibatan yang sesuai. Ini dapat dipengaruhi dengan mengujudkan kesedaran dikalangan orang ramai, melalui program matapelajaran perancangan dan sebaran maklumat serta penerangan awam mengenai perancangan dan aspek-aspek yang berkenaan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1979

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000003172 HT169.M32 P39 1979 raf Reference Book 1:BOOKREF
Searching...

On Order

Go to:Top of Page