Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Pembangunan desa dengan rujukan khas kepada perkembangan nelayan : kajian kes kampong Nelayan Kuala Linggi
Title:
Pembangunan desa dengan rujukan khas kepada perkembangan nelayan : kajian kes kampong Nelayan Kuala Linggi
Personal Author:
Publication Information:
1979
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : mikrofilem 4347 ra
Abstract:
Dimasa-masa yang lepas, rancangan untuk pembangunan luar bandar telah hanya menitikberatkan aspek-aspek pembangunan yakni aspek-aspek ekonomi, sosial dan fisikal secara berasingan. Rancangan-rancangan ini telah tidak dapat mengurangkan tingkat kemiskinan di kawasan-kawasan luar bandar. Sektor perikanan di Semenanjung Malaysia di masa ini juga menghadapi masalah ini. Oleh kerana ini, objektif kajian ilmiah ini adalah untuk meninjau sebab-sebab kegagalan Rancangan Pembangunan yang telah dijalankan oleh Kerajaan untuk memperbaiki keadaan kehidupan nelayan-nelayan dikawasan luar bandar. Untuk tujuan ini, Kampung Nelayan Kuala Linggi, Melaka telah dipilih sebagai kajian kes. Dari kajian secara resmi dan tidak resmi yang telah dijalankan didapati bahawa nelayan-nelayan disini menghadapi beberapa masalah seperti kekurangan ameniti-ameniti sosial, exploitasi dari orang tengah dari segi kelengkapan alat-alat perikanan dan pemasaran hasil-hasil dan juga hubungan yang tidak rapat dengan pegawai-pegawai pembangunan. Didalam konteks kajian ini, satu definasi yang lebih tepat tentang pembangunan dilalukan untuk lebih memahami masalah-masalah yang timbul. Untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul, potensi-potensi dan sumber-sumber pembangunan yang telah ada dikampong ini patut digunakan sepenuhnya dan seterusnya cadangan-cadangan telah dimajukan untuk pembaikan kampong ini. Antara cadangan-cadangan ini adalah berupa 'cottage industry', langkah pembangunan masyarakat, kelengkapan ameniti dan fisikal yang lebih lengkap dan juga pendekatan yang lebih menyeluruh untuk perancangan rancangan pembangunan telah dimajukan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1979

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003885 HN49.C6 Z24 1979 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003323 HN49.C6 Z24 1979 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page