Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Sistem pengurusan penyelenggaraan Taman Tasik Rekreasi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) : kajian kes : Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Title:
Sistem pengurusan penyelenggaraan Taman Tasik Rekreasi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) : kajian kes : Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1993
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7927 ra
Abstract:
Penyelenggaraan merupakan salah satu cabang dalam pengurusan hartabenda. Melalui penyelenggaraan yang baik jangka hayat penggunaan sessebuah bangunan dapat dilanjutkan. begitu juga dengan pengurusan penyelenggaraan taman rekreasi yang baik akan dapat memanjangkan jangka hayat kemudhan serta peralatan dan bangunan dalam taman tersebut. Disamping itu kebersihan taman juga dapat diwujudkan yang secara tidak langsung akan memberikan keselesaan kepada para pengunjung taman. Keselesaan dan keselamatan memnggunakan taman adalah salah satu kriteria penting yang menarik untuk mengunjungi taman yang disediakan itu. Melalui penulisan ini, kajian akan dibuat bagi melihat sistem pengurusan penyelenggaraan yang dijalankan oleh pihak DBKL dlam menguruskan Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Kajian dibuat merangkumi aspek pengurusan penyelenggaraan seperti organisasi, perancangan, pengawalan, peraturan, kebersihan taman serta aspek penjagaan aktiviti dan kemudahan yang disediakan di taman tersebut. Rumusan kajian ini akan memperlihatkan apakah sistem yang digunakan dlam pengurusan penyelenggaraan di taman tersebut. Disamping itu, akan dilihat juga dari segi apakah masalah yang dihadaspi oleh pihak pengurusan dan pengunjung taman tersebut. Masalah-masalah ini dilihat dengan mengumpul data-data yagndiperlukan secara temubual dengan pihak pengurusan taman dan soal selidik diagihkan kepada pengunjung untuk melihat pandangan pengunjung terhadap sistem pengurusan penyelenggaraan dan aktiviti yang disediakan. Analisa terhadap punca-punca masalah juga akan dibuat untuk menentukan apakah hubungannya dengan sistem yang digunakan sekarang serta bagaimanakah penerimaan pengunjung terhadad sistem dan kemudahan yang disediakan sekarang. Melalui kesimpulan yang didapati, satu cadangan dibuat untuk mempertingkatkan sistem pengurusan penyelenggaraan Taman tasik Titiwangsa dalam usaha menjadikan taman tersebut sebagai sebuah taman yang menjadi tarikan dan keselesaan kepada pengunjung.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Sains Ukur Pengurusan Harta Benda) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002186579 GV182.4 B27 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page